scrappinblogs

Wednesday, August 24, 2011

Wad Kenanga 2A (bukaan rahim)

Di PAC masuk ubat utk gesaan bersalin tu lebih kurang pukul 11.45 pagi. Lepas admit ward dtg sorang doctor/houseman explain pada ummi n walid pasal induce tu. Sebab2 diinduce, berapa kali kena induce dll. Rupanya bleh induce sampai 5x. Ummi ingat 3x jer. Doc tu bitau pukul 5.45 ptg doc akan cek bukaan rahim sekali lagi selepas 1st ubat dimasukkan.
Ummi tunggu la pukul 5.45ptg tuu kot la doc panggil utk cek bukaan. Tp takde pun nurse panggil. Walid nak p tanya tapi ummi tak bagi walid tanya. Skali pukul 6.30 ptg, nurse panggil p bilik rawatan. Time tu doc yg nk cek ialah doc laki india. hukhukhuk... Kalo pukul 5.45 ptg td ada lg doc pompuan melayu yg tgh hr td tuu. Tgh ready utk di cek, nurse pun dah tuang air (xtau air apa) dan juga cream/lotion dlm bekas tiba-tiba ada emergency case yg doc tu kena handle. Ummi dgr2 diaorg ckp ada patient bleeding. Ummi pun tunggu la atas katil yg muat2 badan utk sorang tu. nurse dtg minta ummi tunggu kejap kat situ. ummi tanya lama ker, dia plak kata tak pasti jugak. Jd ummi ckp nak tunggu kat katil jer laa. Ye laa time tuu walid masih ada sbb masih dlm waktu melawat. Nasib baik la ummi tak tunggu dlm bilik tuu, dekat pukul 9 or 8.30pm baru ummi dipanggil. Kalo ummi tunggu situ dekat 2 jam la ummi baring atas katil tecik tuu. Sanggupkah ummi??? Of course laa ummi akan minta tunggu di katil 20 jer. Hasil pemeriksaan doc tu... harap maaf tiada bukaan pun. huwaaa.... Patut laa tidak ada sakit2 pun walau skit.

Hari serah diri (part II)

Ummi dan walid terus ke PAC di tingkat 2. PAC tu stand for Patient A- tak sure C- tak sure. Hehehe... hari tu ummi usha jugak tp dah lupa la. nanti kalo ingat balik ummi tulis kat sini. Daftar dulu di kaunter PAC. Nurse suh ummi masuk ke dalam kwsn PAC tu dan tunggu turn. Kemudian nurse panggil utk wat cardiotocography (CTG). Proses CTG ni dalam 20 minit lebih krg la. Doctor dtg tgk CTG tu dan tanya soalan pd ummi.

"Puan tau tak kenapa puan kena dtg hari nii?" Of course la ummi tau.

"Yer, sbb GDM."

Diringkaskan cerita doctor tu bilang puan kena bersalin hari nii. Jadi kena masukkan ubat bagi jalan bukak. Lepas ayat doctor tuu ckp, ummi telan air liur. Apa2pun ummi terpaksa redha dgn ketentuan Ilahi. DIA telah menetapkan ummi harus di induce.

Sebelum dimasukkan ubat induce tuu doctor nak scan baby dulu. So ummi pindha ke katil lain yang ada alat ultrasound. Masa ummi kat katil ultrasound tu ada kecemasan kat katil sebelah. Citer ni nanti ummi kongsikan kemudian ya. Pastu,Ummi diminta tukar seluar ke kain pinky hospital punya. Settle kes kecemasan td, doctor dtg utk scan. Dia tunjuk jantung baby, kepala baby. Dia ckp anak2 yg sebelum ni kecik2 je kot. Tgk mak dia pun tak besar mana. BErat baby nii tak besar laa, lebih kurang 3.4kg. Huish... ummi sangkakan tak berat tuu dlm 3kg or less than that la.

Lepas scan, prosedur seterusnya ialah doc cek bukaan rahim plak. Sememangnya tiada bukaan pun dan masih lagi tinggi. huhuhu... hampa jugak la ummi. Then doc masukkan la ubat dlm ke situ. Dah sudah tu sorang lagi doc berbangsa india dan tekaan ummi dia houseman amik darah ummi di lengan. Ummi baring kejap, kata kata ok bagi ubat larut. Kendian nurse India berline pepel dtg utk tolak ummi ke ward. Ummi naik wheelchair sbb baru masukkan ubat. Guard pegi panggil walid yg setia menunggu ummi di tpt menunggu. Ummi admit ward kenanga 2A katil 20.

** dan dan ummi search what PAC stand for. nak tahu... Patient Assessment Centre. Wallaaa

Hari serah diri (part 1)

3 Ogos 2011
Ummi bertolak ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Dgn perasaan biasa. Wahh... mcm kuat semangat plak ummi nih yer. Bersalam2 dgn mak.. Sadis laa plak time nih. Sbb apa yer leh nangis? Ummi tatau la org lain tp ummi nii agak sentimental value, jd bila situasi tuu terasa sedih la. Mcm nak tinggalkan umah n org2 dlm umah nii bertahun2 plak.
Sampai di HSB... episod mencari parking. Huhhh... jenuh ooo nak jumpa parking kat dpn2 tu. Dgn kata lain kalo langkah kanan dan bernasib baik jer akan dpt. Sementelah pulak ada pulak dua deretan khemah yg ummi pun tak pasti khemah utk function apa yg telah menghadkan parking lot HSB. Walid biasa laa dia... radio dia mesti on tak off off la. hahaha... jgn marah yer abg. Lastly pusing kat belakang HSB. Kat situ disediakan parking lot yg tak berturap. Kawasannya mmg luas la. Luas2 pun dah dipenuhi dgn kereta2. Tp masih ada lagi yg kosong, dibahagian belakang2. Oleh kerana tpt kosong tu di belakang, walid tak jadi nak park, berusaha nak cari divider utk park kereta comel kuning tuu. Melilau cari divider... mmg ada yg masih tidak diparkir orang. Tp alamak tinggi laa pulak utk kereta comel tuu naik. Walid tak berani nak panjat, jd pusing balik ke park tak berturap tu. Pusing2 dlm tu kot ada yg dekat. Tp hampeh. Keluar semula, pusing ke belakang. Last2 masuk balik ke park tak berturap tu dan park je la kat situ. Takpe la jauh skit. Mana tau jalan jauh2 tu leh keluar tanda or bukaan rahim kan.

Tuesday, August 23, 2011

Menulis...

Semlm (23 Ogos) ummi bercadang nak menaip momen2 terindah saat2 menanti kelahiran di hospital dan saat melahirkan baby. Tapi hasrat ummi tak dpt dilaksanakan. Bukan sbb ummi malas yer. Tp sbb baby tak dpt tido dgn baik. Dgn erti kata lain duk berjaga jer. Ditambah pulak ummi sakit buntut disebabkan susah nak poo poo. jd... nak duduk bermasalah la. Baby plak bila ummi nyusu duduk dan lepas nyusu tuu ummi biar dia kat pangku ummi dia bleh lena. Tp sbb ummi terasa sakit, jd terpaksa ummi letak baby kat bwh. so bila letak bwh, dia akan terjaga.
Sbb keadaan begini ummi agak moody. huhuhu...
Hari nii... baby ok la skit. Dpt laa tido skit. Skang nii ummi tgh susukan baby sambil menaip. Keadaan buasir ummi dah ok skit dan ummi leh la duduk tak sakit. Harapan ummi moga baby dpt tido dgn lena. Amiinnnn....

Friday, August 19, 2011

Cerita-cerita

Hari nii genap 15 hari usia ahli baru dlm keluarga kite. Bermakna dah 15 hari ummi berpantang secara sihat. Huhuhu...Cerita pasal ahli baru tuu perlu ditangguhkan dulu kerana cerita2yg sebelumnya perlu didahulukan. Sebenarnya byk perkara... cerita... peristiwa yang ingin ummi coretkan di dlm blog nii. Tp disebabkan beberapa alasan jd tak kesampaian lagi cita2 murni ummi tu. Alasan yg paling tidak dpt dielakkan walaupun ummi tgh sihat walafiat ialah MIM ALIF LAM SIN. Apa boleh buat ummi bukannya blogger yg tegar. Antara cerita2 yg nak ummi kongsikan ummi dah karang dlm buku dulu. Bukannya rajin mana sebenarnya. Tp takut terlupa dgn urutan peristiwa dan masa jer. Jd ummi catat la serba sedikit.

Tuesday, August 2, 2011

Menyerah diri

Ummi tak dpt lelapkan mata laa mlm nii. Memikirkan hari esok dan menantikan jika diizinkan ALLAH adanya miracle pada saat ini sebelum ummi menyerah diri di hospital esok pagi. Miracle yg ummi harapkan ialah akan turun tanda2 kelahiran sama ada turun air ketuban atau darah. Alamak Aleefa jaga daaa...
Ummi sambung lain di entry yg sama. Skang baru lepas sahur 3hb ramadhan / 3hb Ogos, menunggu subuh. Menunggu beberapa detik masa utk menyerah diri. Walaupun kadang kala terasa tidak selesa di bwh perut ummi ttp tanda kelahiran tidak jugak muncul. Oleh itu... ummi harus redha apa2 yg akan dan bakal terjadi pagi nanti. Ummi menaip entry nii sambil mendengar alunan zikir dari youtube, url nya di sini . Duration 7.20 minit, tajuk zikir penenang hati.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1432H

Alhamdulillah hari nii 1 ramadhan 1432H telah berjaya ummi sempurnakan. Cuma yg tak best nya hari ummi keje tido jer. Mcm laa penat sgt dan mcm takde keje lain nk dibuat :((... Sambil layan tido tuu ummi layan pikir bila la baby nak kuar.. Sambil baca sikit zikir dan dengar bacaan ayat quran. Pastu ummi tertido. Terasa esok nak pegi sekolah jer... sbb ada jugak laa pergerakan walaupun sedikit. Berbuka hari nii tok buat mi kuah (stail kedah). Selain mi kuah, semestinya buah kurma pastu cucur udang (beli), tembikai (mak lang bagi) dan kuih qasidah (buat). Air milo ais dan oren sunquick. Ummi berbuka dgn 2 biji kurma, minum milo ais dan 277 keping cucur udang. Dah rasa full perut ummi. Tp disebabkan ada mi kuah tuu, ummi cedok jugok laa mi kuah tuu. Bubuh skit jer. Tp bhn2 dlm kuah tuu mmg byk, jadi mcm byk jugak la. Lepas mkn tu rasa tak larat la sbb perut full. Hehehe... Skang nii pun masih terasa kenyang dan penuh walaupun dah pukul 11.30. Mata plak tak rasa mengantuk sbb seharian tido. Aleefa pun tak nak tido sbb dia pun agak sakan jugak tido ptg tadi. Bagi nyusu pun mata masih terkebil2. Skang dia tgh layan main sorang2.