scrappinblogs

Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Hari serah diri (part II)

Ummi dan walid terus ke PAC di tingkat 2. PAC tu stand for Patient A- tak sure C- tak sure. Hehehe... hari tu ummi usha jugak tp dah lupa la. nanti kalo ingat balik ummi tulis kat sini. Daftar dulu di kaunter PAC. Nurse suh ummi masuk ke dalam kwsn PAC tu dan tunggu turn. Kemudian nurse panggil utk wat cardiotocography (CTG). Proses CTG ni dalam 20 minit lebih krg la. Doctor dtg tgk CTG tu dan tanya soalan pd ummi.

"Puan tau tak kenapa puan kena dtg hari nii?" Of course la ummi tau.

"Yer, sbb GDM."

Diringkaskan cerita doctor tu bilang puan kena bersalin hari nii. Jadi kena masukkan ubat bagi jalan bukak. Lepas ayat doctor tuu ckp, ummi telan air liur. Apa2pun ummi terpaksa redha dgn ketentuan Ilahi. DIA telah menetapkan ummi harus di induce.

Sebelum dimasukkan ubat induce tuu doctor nak scan baby dulu. So ummi pindha ke katil lain yang ada alat ultrasound. Masa ummi kat katil ultrasound tu ada kecemasan kat katil sebelah. Citer ni nanti ummi kongsikan kemudian ya. Pastu,Ummi diminta tukar seluar ke kain pinky hospital punya. Settle kes kecemasan td, doctor dtg utk scan. Dia tunjuk jantung baby, kepala baby. Dia ckp anak2 yg sebelum ni kecik2 je kot. Tgk mak dia pun tak besar mana. BErat baby nii tak besar laa, lebih kurang 3.4kg. Huish... ummi sangkakan tak berat tuu dlm 3kg or less than that la.

Lepas scan, prosedur seterusnya ialah doc cek bukaan rahim plak. Sememangnya tiada bukaan pun dan masih lagi tinggi. huhuhu... hampa jugak la ummi. Then doc masukkan la ubat dlm ke situ. Dah sudah tu sorang lagi doc berbangsa india dan tekaan ummi dia houseman amik darah ummi di lengan. Ummi baring kejap, kata kata ok bagi ubat larut. Kendian nurse India berline pepel dtg utk tolak ummi ke ward. Ummi naik wheelchair sbb baru masukkan ubat. Guard pegi panggil walid yg setia menunggu ummi di tpt menunggu. Ummi admit ward kenanga 2A katil 20.

** dan dan ummi search what PAC stand for. nak tahu... Patient Assessment Centre. Wallaaa

Hari serah diri (part 1)

3 Ogos 2011
Ummi bertolak ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Dgn perasaan biasa. Wahh... mcm kuat semangat plak ummi nih yer. Bersalam2 dgn mak.. Sadis laa plak time nih. Sbb apa yer leh nangis? Ummi tatau la org lain tp ummi nii agak sentimental value, jd bila situasi tuu terasa sedih la. Mcm nak tinggalkan umah n org2 dlm umah nii bertahun2 plak.
Sampai di HSB... episod mencari parking. Huhhh... jenuh ooo nak jumpa parking kat dpn2 tu. Dgn kata lain kalo langkah kanan dan bernasib baik jer akan dpt. Sementelah pulak ada pulak dua deretan khemah yg ummi pun tak pasti khemah utk function apa yg telah menghadkan parking lot HSB. Walid biasa laa dia... radio dia mesti on tak off off la. hahaha... jgn marah yer abg. Lastly pusing kat belakang HSB. Kat situ disediakan parking lot yg tak berturap. Kawasannya mmg luas la. Luas2 pun dah dipenuhi dgn kereta2. Tp masih ada lagi yg kosong, dibahagian belakang2. Oleh kerana tpt kosong tu di belakang, walid tak jadi nak park, berusaha nak cari divider utk park kereta comel kuning tuu. Melilau cari divider... mmg ada yg masih tidak diparkir orang. Tp alamak tinggi laa pulak utk kereta comel tuu naik. Walid tak berani nak panjat, jd pusing balik ke park tak berturap tu. Pusing2 dlm tu kot ada yg dekat. Tp hampeh. Keluar semula, pusing ke belakang. Last2 masuk balik ke park tak berturap tu dan park je la kat situ. Takpe la jauh skit. Mana tau jalan jauh2 tu leh keluar tanda or bukaan rahim kan.