scrappinblogs

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Tak sihat

13 September 2011
Hari nii anak2 ummi tak berapa sihat. Kakak 'Ain sakit mata belah kanan. Adik Aleefa badan panas. 'Afeef Wildan plak... mata dah kurang bertahi dah. Tiba2 jerummi bitau 'Afeef dah kurang bertahi kan. Sbb ummi tak wat pun entry pasal 'Afeef sakit mata a.k.a mata bertahi. Nanti ummi tulis dlm entry yg lain. Insya Allah...
Ummi menaip (jam 7.50pm) sambil layan 'Afeef yg mcm lali2 nk tidur tp mcm tak jadi plaks. As long 'Afeef tak merengek, ummi teruskan menaip entry nih.
Kakak 'Ain pun hari ni tak pegi sekolah sbb sakit mata tu. Sebenarnya kakak dah sakit mata dari mlm td. Tok & walid dah pulun bubuh ubat titis mata kat kakak. Meronta-ronta la jugak si kakak bila diaorg nk titis ubat tuu. Pastu terus disapu2 mata dia bagi ubat tuu kuar. Alahai kakak cayang nii. Time kakak tidur, tok titis lagi ubat. Masuk laa lg ubat tudlm mata sbb kakak dh tidur lena walau tok kacau. Jd hari nii kakak cuti la sekolah dulu. Ummi tgk mata kakak dah bertahi hari nii. Esok pegi sekolah yer kakak...
Adik Aleefa plak...badan start panas malam tadi waktu ummi susukan dia ummi rasa badan Aleefa paaanasnya. Waktu walid nak pegi keje, ummi sempat bitau walid Aleefa demam badan panas. Skang ni pun badan dia masih lagi panas. Badan mmg panas tapi keaktifan Aleefa macam dia tak demam. Memanjat katil... kacau 'Afeef... macam2 lagi laa kak chik sorang nii. Td sebelum maghrib tok bagi Aleefa minum air ubat/penawar dan basahkan kepala & muka dgn air tuu.
'Afeef... mata dia dah kurang bertahi. Harapan ummi biarlah kurang dan tak ada lagi la. Sbb sebelum nii ada pastu dah takde skali ada balik. ekekeke... mcm chipmore plaks. Yummie!!!
Walid nak bawa Aleefa pegi klinik... lepas nii pulun utk bagi Aleefa minum ubat plak. huhh.. sometimes she's can tolerate well dgn ubat, but other times she's not ok. Hopefully she will be ok. Senang keja kiteorg semua. Wallaa...

Wednesday, June 16, 2010

Hearing...

Kali nii ummi nak bercerita kisah Aleefa lagi. Kali nii agak sedih. Ikutkan ummi nak taip pada hari nya (15 Jun). tapi disebabkan kekangan masa dan keadaan, maka tak sempat la nak bercerita. naper ummi rasa sedih... ?kisahnya ... pada 15/6/10 Aleefa 1 tahun 1 hari.Pada hari nii Aleefa kena cucuk mmr (kalo ummi tak silap nama la). sebelum cucuk tu kena timbang la. ayakkk... anak ummi nii tak naik jugak laa berat badannya. 11 bulan 6.49kg, 12 bulan 6.5 kg. Masih di dalam kotak kuning. so, dpt laa vitamin dr klinik tu. yg sebenarnya mmg ummi dah amik vitamin kat klinik hidayah masa Aleefa demam before p kl hari tu. dan dpt vitamin yg sama. tak kisah laa tuu.
Ummi sedih sbb Aleefa tak naik2 berat badan ker? yg tuu tak de laa sedih sgt. sbb boleh beusaha bagi Aleefa mkn (kemain lagi ummi yer). Pas timbang bawa masuk dlm bilik nurse. Ummi layan Aleefa, sbb dia sebok nak amik brg2 atas meja. duk control dia bagi tak amik brg2 tuu.. Dlm hati ummi naper plak si nab (nurse) nii tak ckp sepatah dua kata. Diam saje.. Tp ummi tak tgk laa kat dia sbb duk layan Aleefa. Dah lama terasa, baru ummi tgk dia. Dia mcm berfikir (tatau nak describe raut muka dia). macam confuse pun ada. pastu baru dia bersuara. katanya... dia tgk anak akak nii mcm ada yg tak kena. uitsss... ! tatau laa mata ker telinga. dia pun pegang pen bawa p mai p mai (g mari g mari). mata Aleefa mengekor ke arah pen tu. So, dia kata bukan mata. pastu dia test telinga. guna mainan baby yg mcm alat muzik kerincing tuu. dia test kanan dan kiri. dia kata... masalah belah kiri. test tuu bukan laa sekali, tapi beberapa kali, sbb dia nak make sure betul2. Ummi panggil walid masuk. Walid mmg tatau apa2... mesti dlm pala dia igt sbb berat badan Aleefa. time tuu ummi tgh control emosi. takut air mata ummi gugur. Nab pun explain kat walid. then dia wat test laa tunjuk kat walid. tp ummi sebenarnye tak nmpk/perasan pun tang mana dia ckp mslh tuu. pastu dia ckp, sebenarnye dia perasan time 10 bulan lagi. tapi dia tak ckp, cuma ckp2 dgn su (nurse). bila 11 bulan cek up, nab takde jadi tak leh nak bitau. Jadi skang nii bila dah kebetulan cek dgn dia, dia terus bitau. sbb takut dah besar lagi susah. so, dia suh p klinik kesihatan alor janggus utk jumpa dgn doctor to confirm the problem.
Petang tuu kul 2.30+- ummi p KKAJ dgn mak, 'ain & aleefa. 1st jumpa dulu dgn nurse di sana. yg dah diberitahu oleh nab terlebih dahulu pasal kes ni. nurse tuu kak jun pun wat laa test yg lebih kurang mcm nab buat. kak jun kata dia tader alat. so guna alat disekitar tu jek. seperti stapler dan suara mak utk panggil nama Aleefa utk tgk respond Aleefa. Mula tu kak jun kata belah kanan laa bukan kiri. Dalam hati ummi... pulakkk! pastu, test lagi dan lagi... ha'a betul la kiri. pastu kak jun kata nmpk mata pun ada skit problem. so dia tulis kat report mata & telinga. Pastu, ummi bawa Aleefa jumpa doctor plak. Doctor cek guna alat nya... mcm alat yg ummi penah guna. eh silap, bukan ummi yg guna. alat yg penah msk di telinga ummi. ahhh.. apa2 je laa. doc. test kat telinga kiri. dia kata ok, gegendang telinga tak pecah/berlubang. Pastu ummi suh cek kanan... pun sama. Alhamdulillah syukur sangat. Doc cek mata guna alat tuu juga, cuma ada chy plak. cahaya merah tp mcm satu titik yg kecik jek. dia bawa alat ke kiri dan kanan beberapa kali. dia kata pun ok. dia confuse mcm mana leh ckp ada mslh. so dia tel kak jun. ummi tatau kak jun ckp pe. pastu dia test mata lagi skali. Allhamdulillah keputusan tetap sama. doc kata tak perlu jumpa pakar. pastu p jumpa kak jun semula sbb nak kena bagi salinan report doc tulis to record depa. cuma pesanan kak jun, kalo mak (ummi laa tu) rasa tak sedap tuu bw laa anak klinik. Insya Allah... ummi terasa jugak nak wat test kat mana2 klinik ENT yg lain. Risau, sbb terfikir mcmana nab leh ternmpk mslh tuu. sbb dia kata dia byk dgn baby. jadi boleh perasan la mana yg ok dan tak.. wallahua'lam.. sesungguhnya ummi berdoa semoga anak2 ummi sentiasa sihat walafiat fizikal, mental, rohani... Amiiiin

Friday, April 23, 2010

Susah tidur

2 3 menjak nii Aleefa terlalu susah nak tidur. Tak kira waktu siang atau malam. Kalo masukkan dlm buai, dia meronta2 (yg kuat laa). Hinggakan kena kuarkan dia dari buai dan masukkan semula. Aktiviti masuk kuar buai tuu Ummi, Walid, tok kena wat 2 3 kali jugak laa. Rekod mencatatkan, Ummi kuar masuk Aleefa ke buai sebyk 5 kali. Dalam fikiran Ummi... Ummi akan berusaha bagi Aleefa tidur jugak mcm2 mana sekali pun. Tak kisah laa kena kuarkan dan masukkan Aleefa sampai byk mana sekali pun. Tp selalunya... Ummi mesti mengalah sbb tak sanggup dgr Aleefa meraung2 dan meronta2 dlm buai. At last Ummi terus turunkan Aleefa dr buai. Fuhhhh... sememangnya ini laa ujian/dugaan dari ALLAH. Ummi mmg sedar hakikat tuu. Tp biasalah, Ummi manusia yg lemah. Kdg2 (ye ke kdg2??? ekekekek) tidak sabar dgn dugaan nii. :(((... Walaubagaimanapun, sebagai hambaNYA Ummi selalu berdoa supaya dipermudahkan dlm urusan mendidik, menjaga, mengasuh anak-anak Ummi yg teramat Ummi sayang. Walaupun Ummi marah anak2 Ummi, Ummi tetap sayang kalian. Touching laa plak... mmmuahhh to both of you, my dear princesss.

Wednesday, April 7, 2010

Chicken Pox

Ummi, Aleefa dan juga Papa berjangkit chicken pox drp Pora. Pora berjangkit drp Syifa'. Syifa' jangkit dr kwn tadikanya. Wahh... pjg rentetan perjalanan chicken pox nii. Nii gambar ketika baru naik. Not so clear, maklum laa Cik Mek Aleefa nii kan nak bergerak jek

Nii plak, chicken pox yg dah kering. Nampak tak hitam2 tuu...

Ummi pun nak interfreme jugek... hekhekhek..