scrappinblogs

Tuesday, March 25, 2014

Ummi taslom

Hari nii Ummi nak bercerita pasal Huurun Aleefa. Cerita sejak Aleefa sekolah di Pasti. Ini salah satu cerita yg Ummi rasa lawak laa. Aleefa suka panggil Ummi dengan nama Ummi Taslom. Lepas dia panggil nama tuu mesti dia akan gelak. Hahaha... Ummi taslom (sebut dgn nada suara comey dia). Dah banyak kali dia sebut, kira makan hari dan makan minggu jg la. Ummi Tanya Walid, apa maksud taslom. Kot-kot la ada dlm bahasa Arab ker. Tp Walid pun tak tahu. Jadi, Ummi biar je la Aleefa duk sebut nama tuu.

Nak dijadikan cerita, balik Kelantan bulan 3 2014 nii... yakni tarikh tepat 24/3/2014 si Aleefa pun dgn gaya retis nasyid tak nasyid, rock bukan rock menyanyi la lagu "anak nabi kita". Sampi kat nama-nama anak nabi yang pompuan tuu kuar laa nama 'Ummi Taslom'. Ummi gelak besar laa dgr, sbb baru pt jawapan yg selama nii dia duk sebut tuu silap sebab dia telor. Yang sebenarnya Ummi Kalsom. Ummi pun tak terpikir dia nak sebut nama tuu. dia selalau jg nyanyi lagu tu di rumah tp mcm tak terdengar plak dia nyanyi sampai Ummi Kalsom tu.

Skng ni tgh ajar Aleefa sebut dengan betul. Tapi tetap jadi taslom... ajar lagi jadi kalslom. Tapi takpe cuba cuba dan terus mencuba.. sebenarnya byk lagi words yg Aleefa fail. hihihihi. PRACTISE MAKE PERFECT.

-pUbLiSh-

Dedikasi khas 'Ain 1

Assalamualaikum anak2 Ummi

Dah lama Ummi berhajat nak tulis coretan khas utk 'Ain dalam blog nii. Bukan bermakna Ummi sayangkan hanya kakak saje. Tp sebab buat masa skang ni kakak saje yg boleh baca dan insha Allah faham apa yg Ummi tuliskan.

Kakak,
Sesungguhnya Ummi sangat menyayangi kakak. Ummi yang mengandungkan 'Ain, Ummi jg yg melahirkan 'Ain. Mana mungkin Ummi tak sayangkan anak Ummi ini. Kadang-kadang ada masa Ummi tak sempat bagi perhatian pada 'Ain kerana Ummi nak layan adik-adik dan hal-hal lain yg perlu Ummi utamakan. Maafkan Ummi jika permintaan 'Ain utk Ummi beri perhatian pada apa yg 'Ain ingin bagitau Ummi itu Ummi tak sempat utk layan  pada masa itu juga. Jika Ummi diberi lebih tangan, lebih mata, lebih telinga dan lebih kaki, Ummi akan dpt layan semua permintaan anak-anak Ummi dengan secepat mungkin. Tapi... Ummi mcm juga 'Ain hanya diberi anggota badan yg sempurna yg cukup sifat, tidak terlebih dan tidak terkurang.Jadi Ummi mohon jasa baik 'Ain utk memahami situasi Ummi ini.

Ok la... saying Ummi Kakak 'Ain, Ummi sambung lagi lain kali yer. Ummi saying 'Ain ketat-ketat