scrappinblogs

Wednesday, December 15, 2010

Test II

Tadaaa... guess what?
nii ialah pregnancy test yg ummi baru jer beli lepas zohor tadi. Sbb2 nak mengetest tuu :-
1 . 2 3 menjak nii ummi tak sedap rasa. mcm mual2/loya2 gitu. perut pun selalu cepat msk angin. nak kena mkn selalu. lambat mkn, maka akan msk angin. mula nak rasa tak sedap di tekak pulak.
2. ummi nak sambung amik litchin de bella (produk utk turunkan berat bdn). *
3. teringin nak beli lotion slim. tgk mama guna dan pora pun beli jugak.*
* utk dua sbb nii.. terlebih dahulu kena cek preggy ker tak. nanti kalo preggy dan ummi guna jer both product akan memudaratkan keadaan insan baru dlm perut nanti.
Jeng ... jeng ... jeng...
Here is the result, wheather a line or two lines...
there're two lines... Alhamdulillah, syukur di atas rezeki MU YA ALLAH.
Walaupun Ummi & Walid tak plan utk dpt baby dlm masa terdekat niii, we both berbesar hati menerima ahli baru dlm kehidupan kami. Of course apa yg kami harapkan adalah a boy. Tp apa2pun semuanya ketentuan ALLAH. Sementara masih belum ada gender nii, Ummi akan memohon padaNYA supaya diberi rezeki anak laki pula. Amiiiin Ya Rabb

Tuesday, December 14, 2010

Malas

Hari nii baru terasa nak buka blog sendiri. Betapa malasnya ummi nak menaip blog nii. Terfikir betapa rajinnya bloggers yg update blog nya every day... even everytime in a day. Ummi nii... mmg bukan jenis yg rajin laa sebenarnya. Hehehe... Mcmana laa hari nii boleh terbuka hati ummi nak menaip yer? just ignore the question that not too important. Selalunya bila ummi mula menaip, maka byk laa post ummi taip.Kira sekali jalan laa. Tp kali nii, tgk laa mcmana. Tgk pd tahap kerajinan Ummi. Yg utama nak tulis pasal anak2 ummi yg dah nak masuk 4 tahun dan dah masuk 1 1/2 tahun.

Wednesday, June 16, 2010

Hearing...

Kali nii ummi nak bercerita kisah Aleefa lagi. Kali nii agak sedih. Ikutkan ummi nak taip pada hari nya (15 Jun). tapi disebabkan kekangan masa dan keadaan, maka tak sempat la nak bercerita. naper ummi rasa sedih... ?kisahnya ... pada 15/6/10 Aleefa 1 tahun 1 hari.Pada hari nii Aleefa kena cucuk mmr (kalo ummi tak silap nama la). sebelum cucuk tu kena timbang la. ayakkk... anak ummi nii tak naik jugak laa berat badannya. 11 bulan 6.49kg, 12 bulan 6.5 kg. Masih di dalam kotak kuning. so, dpt laa vitamin dr klinik tu. yg sebenarnya mmg ummi dah amik vitamin kat klinik hidayah masa Aleefa demam before p kl hari tu. dan dpt vitamin yg sama. tak kisah laa tuu.
Ummi sedih sbb Aleefa tak naik2 berat badan ker? yg tuu tak de laa sedih sgt. sbb boleh beusaha bagi Aleefa mkn (kemain lagi ummi yer). Pas timbang bawa masuk dlm bilik nurse. Ummi layan Aleefa, sbb dia sebok nak amik brg2 atas meja. duk control dia bagi tak amik brg2 tuu.. Dlm hati ummi naper plak si nab (nurse) nii tak ckp sepatah dua kata. Diam saje.. Tp ummi tak tgk laa kat dia sbb duk layan Aleefa. Dah lama terasa, baru ummi tgk dia. Dia mcm berfikir (tatau nak describe raut muka dia). macam confuse pun ada. pastu baru dia bersuara. katanya... dia tgk anak akak nii mcm ada yg tak kena. uitsss... ! tatau laa mata ker telinga. dia pun pegang pen bawa p mai p mai (g mari g mari). mata Aleefa mengekor ke arah pen tu. So, dia kata bukan mata. pastu dia test telinga. guna mainan baby yg mcm alat muzik kerincing tuu. dia test kanan dan kiri. dia kata... masalah belah kiri. test tuu bukan laa sekali, tapi beberapa kali, sbb dia nak make sure betul2. Ummi panggil walid masuk. Walid mmg tatau apa2... mesti dlm pala dia igt sbb berat badan Aleefa. time tuu ummi tgh control emosi. takut air mata ummi gugur. Nab pun explain kat walid. then dia wat test laa tunjuk kat walid. tp ummi sebenarnye tak nmpk/perasan pun tang mana dia ckp mslh tuu. pastu dia ckp, sebenarnye dia perasan time 10 bulan lagi. tapi dia tak ckp, cuma ckp2 dgn su (nurse). bila 11 bulan cek up, nab takde jadi tak leh nak bitau. Jadi skang nii bila dah kebetulan cek dgn dia, dia terus bitau. sbb takut dah besar lagi susah. so, dia suh p klinik kesihatan alor janggus utk jumpa dgn doctor to confirm the problem.
Petang tuu kul 2.30+- ummi p KKAJ dgn mak, 'ain & aleefa. 1st jumpa dulu dgn nurse di sana. yg dah diberitahu oleh nab terlebih dahulu pasal kes ni. nurse tuu kak jun pun wat laa test yg lebih kurang mcm nab buat. kak jun kata dia tader alat. so guna alat disekitar tu jek. seperti stapler dan suara mak utk panggil nama Aleefa utk tgk respond Aleefa. Mula tu kak jun kata belah kanan laa bukan kiri. Dalam hati ummi... pulakkk! pastu, test lagi dan lagi... ha'a betul la kiri. pastu kak jun kata nmpk mata pun ada skit problem. so dia tulis kat report mata & telinga. Pastu, ummi bawa Aleefa jumpa doctor plak. Doctor cek guna alat nya... mcm alat yg ummi penah guna. eh silap, bukan ummi yg guna. alat yg penah msk di telinga ummi. ahhh.. apa2 je laa. doc. test kat telinga kiri. dia kata ok, gegendang telinga tak pecah/berlubang. Pastu ummi suh cek kanan... pun sama. Alhamdulillah syukur sangat. Doc cek mata guna alat tuu juga, cuma ada chy plak. cahaya merah tp mcm satu titik yg kecik jek. dia bawa alat ke kiri dan kanan beberapa kali. dia kata pun ok. dia confuse mcm mana leh ckp ada mslh. so dia tel kak jun. ummi tatau kak jun ckp pe. pastu dia test mata lagi skali. Allhamdulillah keputusan tetap sama. doc kata tak perlu jumpa pakar. pastu p jumpa kak jun semula sbb nak kena bagi salinan report doc tulis to record depa. cuma pesanan kak jun, kalo mak (ummi laa tu) rasa tak sedap tuu bw laa anak klinik. Insya Allah... ummi terasa jugak nak wat test kat mana2 klinik ENT yg lain. Risau, sbb terfikir mcmana nab leh ternmpk mslh tuu. sbb dia kata dia byk dgn baby. jadi boleh perasan la mana yg ok dan tak.. wallahua'lam.. sesungguhnya ummi berdoa semoga anak2 ummi sentiasa sihat walafiat fizikal, mental, rohani... Amiiiin

Monday, June 14, 2010

Aleefa 1 tahun

Allah selamatkan anak Ummi... Allah selamatkan anak Ummi... Allah selamatkan Huurun Aleefa Allah selamatkan anak Ummi Syukur padaMu ya Allah... Aleefa dah cukup setahun hari nii. Semalam... ummi tingat setahun yg lalu. Masih terbyg mcmana keadaan ummi sehari sebelum Aleefa lahir. Dan hari ini... peristiwa itu dah setahun berlalu. Sesungguhnya, pengalaman menanti nak bersalin nii satu pengalaman yg manis dan kenangan terindah, tak kira laa bersalinkan Aleefa atau 'Ain. Sambut birthday Aleefa disbuat secara ala kadar jer. Sama mcm 'Ain jugak. Sbb Walid & Ummi tak nak laa jadikan ia suatu budaya ker apa. Yg pasti ada kek... Tader apa2 preparation. Cuma Walid, Ummi, 'Ain & Aleefa kuar p beli kek, bihun sup dan sate. Sebenarnya dlm plan ummi walid nk beli kek dan sate. pastu... walid & ummi tak tahu nak beli mknan apa lagi. last decide cuma dua tuu je. Skali on the way nak p cari sate, lalu Hutan Kg. So ummi tingat bihun sup kak su. So ummi suggest kat walid suh beli bihun sup. tak plan pun... lalu situ pun tak rancang, sbb nak p beli sate kat kepala batas, skali tutup atau lum bukak kedai lagi. dah tuu kiteorg pun duk pk kat mana nak cari sate. Walid bagi cadangan lalu kat Hutan Kg. kot2 ada yg jual sate. sate tak jumpa yg jumpa bihun sup pak din. pastu p ke kedai kek sayang. 'Ain yg pilihkan kek. of course laa kalo dia pilih, ada gmbr cartoon. birthday dia hari tuu gambar princess. pastu p beli sate kat Jonet.. then balik. Nak potong kek tak dpt wat awal2 sbb hujan + tempias. Mak, walid sibuk menguruskan bilik2 yg kena tempias hujan tuu. so, acara potong kek bermula dekat2 org nak azan isya'. sbb tgh2 nak potong tuu abg chaq dah azan. nyanyi2 tader laa. just cut & eat + not least photoshoot. gambar satu kewajiban krn sebagai kenang2an. apatah lagi ummi berkira2 nk wat jurnal tuk anak2 ummi nii. gambar2 akan diupload kemudian.

Friday, April 23, 2010

Susah tidur

2 3 menjak nii Aleefa terlalu susah nak tidur. Tak kira waktu siang atau malam. Kalo masukkan dlm buai, dia meronta2 (yg kuat laa). Hinggakan kena kuarkan dia dari buai dan masukkan semula. Aktiviti masuk kuar buai tuu Ummi, Walid, tok kena wat 2 3 kali jugak laa. Rekod mencatatkan, Ummi kuar masuk Aleefa ke buai sebyk 5 kali. Dalam fikiran Ummi... Ummi akan berusaha bagi Aleefa tidur jugak mcm2 mana sekali pun. Tak kisah laa kena kuarkan dan masukkan Aleefa sampai byk mana sekali pun. Tp selalunya... Ummi mesti mengalah sbb tak sanggup dgr Aleefa meraung2 dan meronta2 dlm buai. At last Ummi terus turunkan Aleefa dr buai. Fuhhhh... sememangnya ini laa ujian/dugaan dari ALLAH. Ummi mmg sedar hakikat tuu. Tp biasalah, Ummi manusia yg lemah. Kdg2 (ye ke kdg2??? ekekekek) tidak sabar dgn dugaan nii. :(((... Walaubagaimanapun, sebagai hambaNYA Ummi selalu berdoa supaya dipermudahkan dlm urusan mendidik, menjaga, mengasuh anak-anak Ummi yg teramat Ummi sayang. Walaupun Ummi marah anak2 Ummi, Ummi tetap sayang kalian. Touching laa plak... mmmuahhh to both of you, my dear princesss.

Wednesday, April 21, 2010

chicken pox a.k.a bertih

Ummi rs nk nangis tgk c.pox kakak 'Ain. X mcm yg adik & Ummi. Kakak punye besar & byk. Bergenang airmata Ummi tgk c.pox yg dh pecah. Hari ke3 ni lg tambah. Org kt kalo dh turun ke kaki x tmbh dh.tp Ummi tgk kakak nye,bertambah la lg. Ummi nk upload gmbr c.pox kat bdn kakak. Kisah c.pox adik & Ummi x sempat nk post lg. Biasala.. Blog Ummi bkn up 2 date nye citer. Hehe...

Wednesday, April 7, 2010

Chicken Pox

Ummi, Aleefa dan juga Papa berjangkit chicken pox drp Pora. Pora berjangkit drp Syifa'. Syifa' jangkit dr kwn tadikanya. Wahh... pjg rentetan perjalanan chicken pox nii. Nii gambar ketika baru naik. Not so clear, maklum laa Cik Mek Aleefa nii kan nak bergerak jek

Nii plak, chicken pox yg dah kering. Nampak tak hitam2 tuu...

Ummi pun nak interfreme jugek... hekhekhek..

Tuesday, April 6, 2010

Perkembangan

Aleefa dah 9mth old ++. Dalam umo 9mth nii dia dah pandai terjun turun & kuar dari buai sendiri. Amat merisaukan juga. Ye laa... dia turun buai tuu suka suki dia jer kan. Sib baik laa time mula2 dia turun buai tuu ada lapik toto. Walaupun tak tebal, at least risiko nyer tak teruk sgt drpd terus ke lantai kan. So... lepas kejadian dia terjun turun tuu, kiteorg pun dah amik langkah2 keselamatan. Kat bwh buai dia tuu dah tersedia tilam dia time baby dulu. Tilam tu agak tebal laa. Jadi kalo jatuh tak bimbang sgt. sebelah tilam tuu letak jugak toto yg dilipat jadi sebesar tilam. In case kalo dia jatuh di luar sasaran. Hehehehe...

Ini laa rupa buai Aleefa. Time nii dia tgh tido. Baru jer Ummi snap.

nii pulak... kakak 'Ain yg nak bergambar bila Ummi nak snap tpt tido Aleefa.

Waktu Ummi, tgh menaip blog nii utk N3 tajuk S3, Aleefa jaga. Time tuu tv pun tgh on. kebetulan time tuu drama tuu pun ada budak nangis. jadi bila Aleefa nangis, Ummi tak perasan sgt laa. Kakak 'Ain yg bitau Ummi. Ummi p tengok... Aleefa dah jatuh kat bwh. Cuma tak keluar kerana Ummi dah tutupkan buai dgn kelambu. Jadi dia duk bwh buai dalam kelambu. Leh imagine takk agaknya ekk? Tadi lupa nak snap gambar tuu. Mana laa nak igt nak snap sebenarnye, sbb dah kelam kabut. Yg Ummi igt nak keluarkan Aleefa kat dlm tuu dan nak bagi Aleefa tido semula. Nak tido kan dia semula... nak kata lambat sgt tuu tak juge la. Tp tak terus dpt tido laa. Ummi kena susukan dia jap. tu pun dia main2 je. Dia sebok nak tgk kakak dia yg duk wat lawak tgh mlm. Si kakak sebenarnya, dah poo poo. Jd dia kuar msk bilik bagi sign laa. Apa2pun Ummi kena tido kan Aleefa dulu. Alhamdulillah.. Ummi letak dia dlm buai, cpt laa dia tido. Pastu baru Ummi basuhkan yakk kakak. Dan sambung taip N3 nii.

Saturday, April 3, 2010

EBM

Ummi tidak lagi bergiat dlm dunia expressing breast milk. Kisahnya disebabkan cuti sek bulan 11 12 yg lepas Ummi direct feed kat Aleefa langsung tak campur dgn ebm ni. Bila dah lama direct feed, Aleefa dah selesa dgn cara nii. Jadi, bila sek bukak bulan 1 yg lepas (lama kisahnya, baru story) Aleefa reject terus ebm dalam botol. Mcm2 usaha laa my MIL buat. Sehingga dia bagi FM kat Aleefa. Waktu tersebut mmg ketegangan yg amat besar pada diriku ini. Boleh dikatakan hari2 Ummi menangis dan moody dgn hubbyku. Ummi mmg tak rela Aleefa diberi FM. Walau hanya setitis FM sekali pun. Tp Ummi kena Ummir gak la, sbb dia dah jaga Aleefa dah 'Ain dah cukup bagus laa pada kiteorg. Ada laa beberapa kali Aleefa disuapkan dgn FM. Tp sebenarnya bukan susu penyebab utama. Penyebabnya ialah "alat" utk menyalurkan susu tuu. ermmm... pelik plak bunyik nye kan. Maksudku... dia nak susuku secara direct saje. Bila bagi FM pun secara paksaan jugek. Dan dia dpt minum pun hanya 1/2 oz ke 1 oz jer.

Selain diberi FM... Ummi cuba utk tidak diberi FM. Ummi pegi cari botol susu brand NUK, teat jenis getah. Nampak cam berhasil skit. Sbb teat dia ada laa lebih krg nipple skit. Tp yg menjadi masalah lain plak... susuku LIPASE. Mmg Ummi penah tahu pasal lipase nii. Ada dlm buku yg Ummi kutip2 dlm internet ni juga laa. Waktu Ummi baca pasal lipase sebelum nii, Ummi cuma sekadar membaca sebagai pengetahuan. Tp tidak laa membaca secara mendalam sgt. Otak ku pk dan berharap Ummi bukan dalam golongan ibu yg susu ada lipase. tp malangnyaaa... susuku lipase! Lipase nii susu rasa dan berbau tengik. Ia boleh dikurangkan ketidaksedapan rasa tuu. Caranya... lepas pump susu tuu terus rebuskan ke dalam periuk. Bila ada gelembung buih kat dlam periuk tuu terus tutup api. jgn sampai susu plak gelembung. Nanti ilang beberapa zat dlm susu tu. Pas tuu leh laa di sejukkan dan di simpan dlm freezer or fridge. Utk Ummi... Ummi tak simpan dlm freezer. Tp letak kat fridge jer. Cukup utk stok Aleefa minum esoknya saje. Sejak Ummi pindah ke sek baru, Ummi langsung stop mengepam. Dgn erti kata lain dah tak bawa alat2 mengepam tuu di sek baru. MMg time tuu Aleefa dah tak nak EBM. So... bila Ummi sampai jek umah kalo dia jaga sama ada dia lapar atau kenyang mkn nasi bubur Ummi semestinya kena feed dia. Kalo tak amik dia dulu, mmg nangis sakan laa. Tp mmg laa Ummi tak leh terus amik dia. Sbb nak kena letak barang2 Ummi kat tpt yg sepatutnya dulu dan basuh tgn nii dulu, baaaru leh amik dia. Kena tahan laa telinga dgr dia menangis.

Nii nak tunjuk antara stok ebm yg Ummi terpaksa keluarkan dr freezer utk di discarded...

Friday, February 19, 2010

OuR JoUrNeY BaCk To ALoR SeTaR

Alhamdulillah, all of us arrived at home safely about 9.15 pm. Perjalanan balik dari Kota Bharu Ke Alor Setar kali nii memakan masa yg lebih pjg. Disebabkan 7 kali berhenti, iaitu : 1. dari Taman Sari ke Pasar MPKB 2. MPKB ke tempat jual kopok 3. Kopok ke Bukit Bunga 4. Bukit Bunga ke R&R Titiwangsa 5. R&R ke Tasik Banding 6. Tasik Banding ke R&R Perah 7. R&R ke Tol SP Selatan Dan terus ke kedai nasi ayam dannn sampai ke rumah. Amiiiinn, kami sampai dgn selamat.

Susu Ummi

Ummi tatau nak letak title apa utk entri ni. Ummi nak tulis pasal cita-cita ummi utk susukan Huurun Aleefa sehingga usia 2 tahun (sekurang2nya laa). Oleh krn ummi tak dpt nak susukan Huurun 'Ain sepenuhnya, jadi hasrat murni ummi nii hrp dapat diteruskan buat Huurun Aleefa. Untuk menjayakan hasrat ummi nii, perkara pertama yg ummi fikirkan ialah breastpump. Ummi beli Spectra 3 (S3) jer. Sebenarnya bukan jer. Tapi sebaliknya la. Cuma jer tuu utk ibu2 yg lebih berkemampuan drpd ummi nii.
Alhamdulillah, anak2 ummi mendpt kolostrum yang sepatutnya diperlukan oleh newborn. Walaupun anak pertama, Huurun 'Ain, ummi tak pandai nak feed 'Ain, tapi ummi berjaya juga bagi kolostrum tuu. Sibbaik juga laa bersalin di hospital kerajaan yang menyokong susu ibu dan meng"haram"kan botol susu. Hehehe... Kalo tak buat mcmtu, bagi ibu2 yg mudah fed up for sure akan bagi FM jer.
Untuk anak kedua, Huurun Aleefa, ummi lebih bersedia dgn BM. Kalo time Huurun 'Ain, dah deliver baru nak tanya kwn (Nad) pasal BF nih. Kiranya Nad as my BF referee laa. Time tuu mana nak surfing sgt. Takat on email dan chat (YM) je. Jadi, Nad laa yg duk bagi email pasal BF nii. Sebenarnya ilmu pasal BF nii terlalu byk yg perlu diambil tahu. Makanya... jadilaa ummi yg tak dpt berikan susu ibu to Huurun 'Ain. Kerana keadaan jarak jauh ummi dan 'Ain plus tader ilmu ttg pengurusan EBM yang sepenuhnya. Di lain entri, ummi akan cerita pjg lebar lagi pasal my 1st BF nii. Amik balik ayat atas tadi... sebenarnya ilmu BF nii terlalu byk yg perlu diambil tahu, so for my 2nd child, i prepared more. Masa confinement tuu byk info ummi surf pasal BF nii. Seperti yang ummi ckp tadi, ilmu ttg BF byk tapi nak kena godek2 dalam internet. Kebetulan plak, pada saat itu, ummi dah berbroadband. Jadi mudah laa dpt info. tinggal nak dgn tak jek. Segala info ummi collect & save. Oleh sbb tak mampu nak baca dr komputer nii, maka info2 tersebut ummi bukukan utk reference ummi laa. Tapi ummi tak buat laa hak milik ummi. Ummi siap masukkan website2 yang ummi refer termasuk juga forum. Mcm buat assignment jugak laa sbb ada bibliografi. Bila ummi bukukan, bila2 masa ada masalah terus leh refer buku jek. Tak yah nak on komputer ker hapa kan. Teknologi tuu teknologi jugak. Tapi kadang leh wat sakit pala juga duk tenung dia. Kite jek duk tenung dia, dia tak tenung pun kite. hakhakhak...

Thursday, February 18, 2010

S3

Apa S3 tuu?
Bagi yg tatau... S3 tu ialah shortform utk Spectra 3. Salah satu brand breastpump. Pump yang menjadi idamanku sejak sebelum mengandung Aleefa lagi. Ummi selalu surfing tentang breastpump walaupun waktu tuu Ummi belum/ tak preggy pun. Sebenarnya Ummi terlalu excited untuk breastfeed. Anak sulung Ummi, Huurun 'Ain tak dpt Ummi breastfeed secara ekslusif. (ceritanya di N3 yg lain plak... Insya Allah). Bila tak dpt BF 'Ain jadi Ummi menyimpan azam nak BF anak yang akan dtg nii. (Yg dah 9 mth pun skang nii :)) ) Ummi dah berangan sgt2... bukan berangan nak pregnant tp berangan nak beli S3 nii. Kena pregnant dulu, pastu bersalin baru leh guna pump tuu. Tapi maybe ada juga kes yang tak pregnant dan tak bersalin tapi guna breastpump. Ada ker?? Maybe org tuu amik anak angkat dan nak breastfeed anak tuu kan. So, org tuu pun need this gadget too.
Kenapa S3 menjadi idaman kalbu Ummi? Kalau ikutkan hati sape laa tak nak freestyle or pump yg lelain yg rege ribu riban tuuu. Mmg mengidam juga tapi dah tau sah2 tak sampai tangan Ummi nak memilikinya. Nak pegang saja2 pun tak tahu dapat ker tak. Jadi hanya bleh jadi idaman kelabu jer laa. Naper S3... mudah jer jwpn Ummi. S3 nii paling murah untuk jenis yg elektrik. Kelebihan lain... leh buat double pumping. Bunyinya pun tak bising. Pasal bising nii, Ummi pun tak pasti pump jenis lain yg dikatakan bunyi bising tuu sebising mana. Sebelum beli S3 nii Ummi tanya dulu kwn baik Ummi, Nathra (Nad). Sbb Nad pun ada pengalaman guna S3 dan satu lagi electric b.pump (Ummi dah lupa brand pe).
Bila Ummi beli? Ummi beli pada April 2009. Lagi 2 bulan nak bersalinkan Aleefa. Waktu tuu jumpa website yg jual S3 dgn package yg lebih murah dr MLO. Tp Ummi nii dah lupa laa ape website tuu. Yg Ummi igt pemilliknya Chinese, nama Michelle. Haaa... dah sebut nama dia baru igt apa website nya. www.enjoybreastfeed.com. Daripada byk2 package yg dia buat tuu, Ummi pilih package S3 yg paling murah. Hati nak yg ada backpack. Tp yg tuu mahal laa skit. walaupun mahal, tp tetap murah compare dgn online store yg lain. Time dah beli tuu, Ummi cam nyesal jugek. Nyesal tak amik yg backpack. Lama jugek laa duk pikir pasal tuu. Lama2 dah tak pikir dahh. Skang ni bila tingat balik, Ummi tak rasa nyesal punn. Sbb backpack tuu hanya laa sebagai alat nak bawa S3 tuu jek. Itu laaa Ummi... mcm budak2 pun ada. Hekhekhek...

Sunday, February 7, 2010

CD

Stok cd ku dah sampai...
ini bermakna collection cd ku dah bertambah menjadi 7 pcs.sebelum nii ada 2 pcs je. 1 coolababy (purple)dan 1 babyland (swirl pink). stok lama tuu aku beli dgn dua online shop iaitu pemiliknya sue dan akma alias. dorang aku jumpa kat forum ratuhati. time tuu aku berusaha mencari online shop yg jual harga paling murah. sebenarnya bukan time tuu je aku akan berusaha mencari online store yg murah. setiap kali nak beli barang online aku akan survey store mana yg jual antara yang murah la. hehehe... berkira ker aku nii? berkira tuk keselamatan poket ku. hihihi... 1st time beli tuu coola rm31 + rm6 (postage), babyland swirl tuu rm35 + rm4.
2nd time beli dgn sue, 3 pcs coola snap button rm26/pc, 1pc coola velcro rm30 dan 1pc babyland printed spongebob rm30. postage aku dah lupa brape ringgit. sama ada rm9 or rm11. tah laa dah lupa, kena cek buku 555. ahakss...
sekarang jom kite menjamu mata melihat cd ku yg baru nih..
Huurun 'Ain bersama cd... cd nii bukan dia yg akan pakai tapi adiknya laa.. '
Ini barisan cd koleksi ku. barisan atas 2 pcs cd belah kira tuu cd yg 1st time aku beli...
haiii... adik pun nak take part juge yer. lihat laa ini laa cd yg aku akan pakai, kata Aleefa...

posting

camner nii... aku nak post entry tajuk constipation kat blog yg niii apsal dia p masuk kat 1langkahku plak.. heran... herannn