scrappinblogs

Tuesday, September 20, 2011

Gambar

Since walid dah transfer gambar-gambar dalam handphone samsung ummi ke laptop nii jd ummi terpikir nak banyakkan gambar dalam blog plak. Tulisan2 nii nak limited dulu. Biarlah image pula yg bercerita. ceeewahhh... Sebelum nii byk sgt tulisan yg me monopoli blog ummi jd tiba laa masanya gambar pula mengambil tempat. Letih jugak nak membaca kalo takde selingan gambar kan. Nak-nak kalo layan blog nii guna netbook mcm ummi duk guna nii. Sakit jugak la mata duk tenung skrin nih. So berehat sebentar bersama kitkat, layan gambar2 hasil seni ummi. ahaksss... sejuk mata mandang yer tgk gambar2 yg mengimbas kembali momen2 terindah dlm keluarga kite.
alahai... misi tak berjaya la nak upload gambar. Ummi dah try 3 kali tp server tak ok. Tp takpe... leh cuba lagi pas2 ni. dan sebenarnya ummi dah pun upload gambar sebelum post yg nii dibuat. jd gambar tuu advanced dr post. Macam mana tuu? Hehehe... Siap dgn slideshow lagi. Cuma slideshow tuu kekdg kuar kekdg tak. Depends on the internet line laa. Sbb tu ummi buat dua2... gambar biasa dan slideshow.
Kadang-kadang ummi rasa susah plak nak letak tajuk pada entry yg ummi nak citer. Sbb tu la terjadi tajuk yg pjg sedepa. Terpikir entry tanpa tajuk. Bolehkah??? Ah.. sebenarnya nak tulis blog nii bukan ada syarat kena letak tajuk yg ringkas atau kena pjg berjela2. Kite yg buat dia kan. Jd nak tajuk mcm2 mana pun up to us laa kan. Nak pjg, pendek atau takder tajuk langsung. Eh... boleh ker takder tajuk sebenarnya. Let's test first... aha! Kalo tulis email kat gmail.com, kalo kite taip email without tajuk, sistem dia akan tanya, lebih kurang ayatnya "adakah anda pasti menghantar email ini tanpa tajuk?" kemudian kite tekan la yes. So yg blog nii taktau lagi dia nak kata apa. So kite try dolu ya. Ikutkan entry ni dah ada tajuk iaitu "tajuk". Tp nak try test tgk if no title. Jom....Oppsss! tweet tweet... label utk post ni ialah... blog!

Thursday, September 15, 2011

Wednesday, September 14, 2011

'Ain ketika newborn

Ummi nk tempek gambar2 kakak waktu newborn. Jd fair n square la ada gambar semua ank ummi waktu newborn. Walaupun baru nk upload ummi harap benda tuu kakak tak amik pusing. Lagipun time kakak ummi belum ada blog. Time aleefa dh berapa bulan baru ummi buat blog. Dan blog ummi ni pun on off on off plaks. Jom jamu mata tgk gambar kakak... kita enjoyyy!!!

'Afeef 1 day old - image without slideshow

geram laa ummi, naper plak slideshow gambar 'Afeef tak kuar kat blog??? takpe laa ummi tempek jer gambar mcm biasa. Oraittt... Enjoyyy the picture
Naper kat mulut 'Afeef putih2 yer? Tu sebenarnya susu yg kuar tp tak dilap oleh nurse. Boleh dibiar mcm tu jer...

'Afeef 1 day old

Nii gambar 'Afeef umo 1 hari. Masa nii 'Afeef duk dalam wad NICU- Neonatal Intensive Care Unit. Walid snap gambar nii dgn kamera h/p jer. Rupa-rupanya tak dibenarkan tangkap gambar di NICU. Nasib baik jugak laa waktu tuu walid dah sempat snap 4 keping gambar. Ada gak laa momen terindah 'Afeef 1 hari dan di NICU.
Ummi of Huurun 'Ain, Huurun Aleefa & 'Afeef Wildan

Tuesday, September 13, 2011

Tak sihat

13 September 2011
Hari nii anak2 ummi tak berapa sihat. Kakak 'Ain sakit mata belah kanan. Adik Aleefa badan panas. 'Afeef Wildan plak... mata dah kurang bertahi dah. Tiba2 jerummi bitau 'Afeef dah kurang bertahi kan. Sbb ummi tak wat pun entry pasal 'Afeef sakit mata a.k.a mata bertahi. Nanti ummi tulis dlm entry yg lain. Insya Allah...
Ummi menaip (jam 7.50pm) sambil layan 'Afeef yg mcm lali2 nk tidur tp mcm tak jadi plaks. As long 'Afeef tak merengek, ummi teruskan menaip entry nih.
Kakak 'Ain pun hari ni tak pegi sekolah sbb sakit mata tu. Sebenarnya kakak dah sakit mata dari mlm td. Tok & walid dah pulun bubuh ubat titis mata kat kakak. Meronta-ronta la jugak si kakak bila diaorg nk titis ubat tuu. Pastu terus disapu2 mata dia bagi ubat tuu kuar. Alahai kakak cayang nii. Time kakak tidur, tok titis lagi ubat. Masuk laa lg ubat tudlm mata sbb kakak dh tidur lena walau tok kacau. Jd hari nii kakak cuti la sekolah dulu. Ummi tgk mata kakak dah bertahi hari nii. Esok pegi sekolah yer kakak...
Adik Aleefa plak...badan start panas malam tadi waktu ummi susukan dia ummi rasa badan Aleefa paaanasnya. Waktu walid nak pegi keje, ummi sempat bitau walid Aleefa demam badan panas. Skang ni pun badan dia masih lagi panas. Badan mmg panas tapi keaktifan Aleefa macam dia tak demam. Memanjat katil... kacau 'Afeef... macam2 lagi laa kak chik sorang nii. Td sebelum maghrib tok bagi Aleefa minum air ubat/penawar dan basahkan kepala & muka dgn air tuu.
'Afeef... mata dia dah kurang bertahi. Harapan ummi biarlah kurang dan tak ada lagi la. Sbb sebelum nii ada pastu dah takde skali ada balik. ekekeke... mcm chipmore plaks. Yummie!!!
Walid nak bawa Aleefa pegi klinik... lepas nii pulun utk bagi Aleefa minum ubat plak. huhh.. sometimes she's can tolerate well dgn ubat, but other times she's not ok. Hopefully she will be ok. Senang keja kiteorg semua. Wallaa...

Aktiviti yang dibuat dan tak dibuat dalam pantang

Isk isk iskkk... pantangnya tajuk entry ummi nii. Ada sesiapa bleh tlg ummi ubah tajuk nii jadi lebih pendek, mudah difahami dan gramatis??? Ok, baca dulu kisah yg diceritakan nii, dah faham citer dan kandungan citer ni baru bleh pikir tajuk yg sesuweii. *** Ummi nak list kan aktiviti yang ummi buat masa berpantang 'Afeef. (Maaf anak2 ummi kakak 'Ain & adik Aleefa sbb tiada catatan masa berpantang kakak & adik sbb ummi belum buat blog). Ini antara aktiviti yg ummi buat yg masih ummi ingat :-
  • 1stly the very important things is BF my little one 'Afeef Wildan. Tidak ketinggalan tandem nursing adik Aleefa dgn 'Afeef. What a challenging + happier moment.
  • Of course surfing (FB'ing/ searching everything that come out from my mind, updating this blog & etc...)
  • eat four times a day - breakfast, lunch, hi-t & dinner
  • take vitamins from shaklee confinement set beli dgn Rini Eswani
  • Mandi sekali sehari hingga hari ini 40days
  • Berbengkung tp bukan hari2
  • lumur minyak herbanika nonaroguy

Tak teringat laa apa lagi yg ummi buat. Kang nanti kalo ingat ummi tambah2 lagi

Perkara yang tak buat sehingga hari ke 40 :-

  • bertungku
  • berurut

Alasan tak bertungku dan berurut kerana ummi czer. Kedua dalam bulan ramadan susah nak cari org dtg. Tp akan dilaksanakan jg dua perkara nii di Kelantan nanti.

*** mcm laa ada org yg nak baca blog ummi nii & nak bagi komen2 dan siap nak tlg tukar tajuk tuu... hihihi. takpe ummi mmg sedar diri pun. blog nii ummi tak komersialkan/publish kat sapa2. Yg tau pun walid dan cik su fiqa. tp diaorg bkn baca pun. Tujuan blog hanya utk ummi mencatat peristiwa dan pengalaman ummi dengan anak2 + walid & keluarga. Kalo anak2 ummi tak baca pun nanti korang dah pandai membaca nanti pun ummi tak marah. Sbb time tuu dah semestinya bilangan entry ummi dh cecah ratusan. Jd anak2 ummi dah tak larat nak baca.

Confinement Period

Sudah genap 40 hari usia 'Afeef Wildan. Bermakna ummi dah 40 hari berpantang. Tinggal lagi 4hari utk habis pantang. Dan kalo ikut org Kelantan ummi dah cukup tempoh berpantang hari nii. Esok merdeka laa. Tp since ummi duk kat Kedah, ummi ikut bilangan hari pantang orang Kedah laa. Tp kalo ummi kat Kelantan pun ummi ikut 44 hari jugak la sebenarnya. Beza 4 hari jer, jadi tidaklah menyeksakan diri sgt utk tunggu 4 hari tu. Bukan main lagi ummi ckp pasal pantang2 ni. Terasa diri ini tidak laa berpantang sgt utk kali ini. Dgn keadaan ummi yg czer ini, ummi byk mengadap internet. Maklum laa unlimited access using streamyx package RM90.

Bab pantang makan plak... ummi pantang makanan yang sejuk2. Yang berangin tuu awal2 tu ummi pantang jugak. Lepas balik raya... ummi tak tahan dgn biskut2 raya. Jd ummi hentam mkn biskut raya termasuk biskut yg ada kacang. Jd yg berangin disini ummi mkn KACANG, BADAM. Tp ummi not sure nut & almond tu berangin ke tak sebenarnya. Sbb kalo walid kacang2 ni membawa angin pd dia. Sebelum pantang, benda2 kacang nii takde la meng"angin"kan perut ummi. Setakat ummi mkn biskut berkacang n berbadam nii ummi tak kembung perut. 'Afeef pulak setakat ummi mknmcm2 nii nmpk perut ok jer. Poo2 dia mmg ada kurang skit laa. Tp dia tak meragam plak. Atau sebenarnya ummi yg tak perasan??? ? Jeng jeng jeng... Adakah betul? Jgn laa betul, bersalah ummi rasa nnti. Makanan lain yang tak makan ialah yang berbisa takut gatal. Since ummi czer jd kena la jaga juga. Yg berbisa :

ayam - ummi dah try mkn skit masa raya di umah tmn sari

telur - mkn dah balik dari tmn sari, tok masak sayur taugeh masuk telur. jd mkn yg melekat2 dkt taugeh tu.

seafood - tak berani mkn lg

ikan - mkn ikan2 yang tak berbisa jer. sebagaimana yg dijamu oleh tok

Setakat nii ummi mkn ayam skit dan telur skit tuu takde plak ummi rasa gatal. Dan juga biskut2 raya + kek yg adunannya dicampur dgn telur, ALHAMDULILLAH tak rasa gatal. So dlm list mknan membawa pd gatal tuu tinggal seafood & ikan berbisa jer ummi tak mkn walau skit. Adakah bermakna ummi dah boleh mkn ayam dlm kuantiti yg lebih - seketul dua KFC?? mmm... yummie. Tak mengapa kalo tak boleh. Sbb yg tuu tak kempunan sgt. Yg tak boleh tahan ialah biskut raya. Kecur air liur sebut biskut raya nih.
Habis bab makanan. Penjagaan lain... tidak ditekankan sgt. Jika nak compare dua kali berpantang sebelum nii laa. Contohnya... terma dan syarat duduk sebagai org berpantang. Skang ni dah tak duduk berlunjur kaki dah. Awal2 hari tu berlunjur jugak la. Yg lain2 apa yer...ada la mengangkat brg yg nak kata berat tu tader la berat sgt, tp ikut org tua tak leh la angkat2 brg lagi. Lagipun czer kan. Ishh... tader berat pun. Sbb time angkat or tolak benda tuu ummi tak rasa mcm satu bebanan terutama di peyut tu. Dan semestinya ummi buat tuu ummi masih berhati2 sebagai org dlm pantang. Pastu lagi... pangku Aleefa sbb dia nak nyusu. Hahh... satu lagi, ummi nak try ring sling yg berkurun beli time berpantang Aleefa. Dah try masukkan 'Afeef tp mmg ummi tau teknik tak kena. So try utk Aleefa plak. Jd maknanya terrr angkat la Aleefa dlm gendongan itu. Tp tak rasa laa efek waktu tu. Nauzubillah... mintak jauh.

Wednesday, August 24, 2011

Wad Kenanga 2A (bukaan rahim)

Di PAC masuk ubat utk gesaan bersalin tu lebih kurang pukul 11.45 pagi. Lepas admit ward dtg sorang doctor/houseman explain pada ummi n walid pasal induce tu. Sebab2 diinduce, berapa kali kena induce dll. Rupanya bleh induce sampai 5x. Ummi ingat 3x jer. Doc tu bitau pukul 5.45 ptg doc akan cek bukaan rahim sekali lagi selepas 1st ubat dimasukkan.
Ummi tunggu la pukul 5.45ptg tuu kot la doc panggil utk cek bukaan. Tp takde pun nurse panggil. Walid nak p tanya tapi ummi tak bagi walid tanya. Skali pukul 6.30 ptg, nurse panggil p bilik rawatan. Time tu doc yg nk cek ialah doc laki india. hukhukhuk... Kalo pukul 5.45 ptg td ada lg doc pompuan melayu yg tgh hr td tuu. Tgh ready utk di cek, nurse pun dah tuang air (xtau air apa) dan juga cream/lotion dlm bekas tiba-tiba ada emergency case yg doc tu kena handle. Ummi dgr2 diaorg ckp ada patient bleeding. Ummi pun tunggu la atas katil yg muat2 badan utk sorang tu. nurse dtg minta ummi tunggu kejap kat situ. ummi tanya lama ker, dia plak kata tak pasti jugak. Jd ummi ckp nak tunggu kat katil jer laa. Ye laa time tuu walid masih ada sbb masih dlm waktu melawat. Nasib baik la ummi tak tunggu dlm bilik tuu, dekat pukul 9 or 8.30pm baru ummi dipanggil. Kalo ummi tunggu situ dekat 2 jam la ummi baring atas katil tecik tuu. Sanggupkah ummi??? Of course laa ummi akan minta tunggu di katil 20 jer. Hasil pemeriksaan doc tu... harap maaf tiada bukaan pun. huwaaa.... Patut laa tidak ada sakit2 pun walau skit.

Hari serah diri (part II)

Ummi dan walid terus ke PAC di tingkat 2. PAC tu stand for Patient A- tak sure C- tak sure. Hehehe... hari tu ummi usha jugak tp dah lupa la. nanti kalo ingat balik ummi tulis kat sini. Daftar dulu di kaunter PAC. Nurse suh ummi masuk ke dalam kwsn PAC tu dan tunggu turn. Kemudian nurse panggil utk wat cardiotocography (CTG). Proses CTG ni dalam 20 minit lebih krg la. Doctor dtg tgk CTG tu dan tanya soalan pd ummi.

"Puan tau tak kenapa puan kena dtg hari nii?" Of course la ummi tau.

"Yer, sbb GDM."

Diringkaskan cerita doctor tu bilang puan kena bersalin hari nii. Jadi kena masukkan ubat bagi jalan bukak. Lepas ayat doctor tuu ckp, ummi telan air liur. Apa2pun ummi terpaksa redha dgn ketentuan Ilahi. DIA telah menetapkan ummi harus di induce.

Sebelum dimasukkan ubat induce tuu doctor nak scan baby dulu. So ummi pindha ke katil lain yang ada alat ultrasound. Masa ummi kat katil ultrasound tu ada kecemasan kat katil sebelah. Citer ni nanti ummi kongsikan kemudian ya. Pastu,Ummi diminta tukar seluar ke kain pinky hospital punya. Settle kes kecemasan td, doctor dtg utk scan. Dia tunjuk jantung baby, kepala baby. Dia ckp anak2 yg sebelum ni kecik2 je kot. Tgk mak dia pun tak besar mana. BErat baby nii tak besar laa, lebih kurang 3.4kg. Huish... ummi sangkakan tak berat tuu dlm 3kg or less than that la.

Lepas scan, prosedur seterusnya ialah doc cek bukaan rahim plak. Sememangnya tiada bukaan pun dan masih lagi tinggi. huhuhu... hampa jugak la ummi. Then doc masukkan la ubat dlm ke situ. Dah sudah tu sorang lagi doc berbangsa india dan tekaan ummi dia houseman amik darah ummi di lengan. Ummi baring kejap, kata kata ok bagi ubat larut. Kendian nurse India berline pepel dtg utk tolak ummi ke ward. Ummi naik wheelchair sbb baru masukkan ubat. Guard pegi panggil walid yg setia menunggu ummi di tpt menunggu. Ummi admit ward kenanga 2A katil 20.

** dan dan ummi search what PAC stand for. nak tahu... Patient Assessment Centre. Wallaaa

Hari serah diri (part 1)

3 Ogos 2011
Ummi bertolak ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Dgn perasaan biasa. Wahh... mcm kuat semangat plak ummi nih yer. Bersalam2 dgn mak.. Sadis laa plak time nih. Sbb apa yer leh nangis? Ummi tatau la org lain tp ummi nii agak sentimental value, jd bila situasi tuu terasa sedih la. Mcm nak tinggalkan umah n org2 dlm umah nii bertahun2 plak.
Sampai di HSB... episod mencari parking. Huhhh... jenuh ooo nak jumpa parking kat dpn2 tu. Dgn kata lain kalo langkah kanan dan bernasib baik jer akan dpt. Sementelah pulak ada pulak dua deretan khemah yg ummi pun tak pasti khemah utk function apa yg telah menghadkan parking lot HSB. Walid biasa laa dia... radio dia mesti on tak off off la. hahaha... jgn marah yer abg. Lastly pusing kat belakang HSB. Kat situ disediakan parking lot yg tak berturap. Kawasannya mmg luas la. Luas2 pun dah dipenuhi dgn kereta2. Tp masih ada lagi yg kosong, dibahagian belakang2. Oleh kerana tpt kosong tu di belakang, walid tak jadi nak park, berusaha nak cari divider utk park kereta comel kuning tuu. Melilau cari divider... mmg ada yg masih tidak diparkir orang. Tp alamak tinggi laa pulak utk kereta comel tuu naik. Walid tak berani nak panjat, jd pusing balik ke park tak berturap tu. Pusing2 dlm tu kot ada yg dekat. Tp hampeh. Keluar semula, pusing ke belakang. Last2 masuk balik ke park tak berturap tu dan park je la kat situ. Takpe la jauh skit. Mana tau jalan jauh2 tu leh keluar tanda or bukaan rahim kan.

Tuesday, August 23, 2011

Menulis...

Semlm (23 Ogos) ummi bercadang nak menaip momen2 terindah saat2 menanti kelahiran di hospital dan saat melahirkan baby. Tapi hasrat ummi tak dpt dilaksanakan. Bukan sbb ummi malas yer. Tp sbb baby tak dpt tido dgn baik. Dgn erti kata lain duk berjaga jer. Ditambah pulak ummi sakit buntut disebabkan susah nak poo poo. jd... nak duduk bermasalah la. Baby plak bila ummi nyusu duduk dan lepas nyusu tuu ummi biar dia kat pangku ummi dia bleh lena. Tp sbb ummi terasa sakit, jd terpaksa ummi letak baby kat bwh. so bila letak bwh, dia akan terjaga.
Sbb keadaan begini ummi agak moody. huhuhu...
Hari nii... baby ok la skit. Dpt laa tido skit. Skang nii ummi tgh susukan baby sambil menaip. Keadaan buasir ummi dah ok skit dan ummi leh la duduk tak sakit. Harapan ummi moga baby dpt tido dgn lena. Amiinnnn....

Friday, August 19, 2011

Cerita-cerita

Hari nii genap 15 hari usia ahli baru dlm keluarga kite. Bermakna dah 15 hari ummi berpantang secara sihat. Huhuhu...Cerita pasal ahli baru tuu perlu ditangguhkan dulu kerana cerita2yg sebelumnya perlu didahulukan. Sebenarnya byk perkara... cerita... peristiwa yang ingin ummi coretkan di dlm blog nii. Tp disebabkan beberapa alasan jd tak kesampaian lagi cita2 murni ummi tu. Alasan yg paling tidak dpt dielakkan walaupun ummi tgh sihat walafiat ialah MIM ALIF LAM SIN. Apa boleh buat ummi bukannya blogger yg tegar. Antara cerita2 yg nak ummi kongsikan ummi dah karang dlm buku dulu. Bukannya rajin mana sebenarnya. Tp takut terlupa dgn urutan peristiwa dan masa jer. Jd ummi catat la serba sedikit.

Tuesday, August 2, 2011

Menyerah diri

Ummi tak dpt lelapkan mata laa mlm nii. Memikirkan hari esok dan menantikan jika diizinkan ALLAH adanya miracle pada saat ini sebelum ummi menyerah diri di hospital esok pagi. Miracle yg ummi harapkan ialah akan turun tanda2 kelahiran sama ada turun air ketuban atau darah. Alamak Aleefa jaga daaa...
Ummi sambung lain di entry yg sama. Skang baru lepas sahur 3hb ramadhan / 3hb Ogos, menunggu subuh. Menunggu beberapa detik masa utk menyerah diri. Walaupun kadang kala terasa tidak selesa di bwh perut ummi ttp tanda kelahiran tidak jugak muncul. Oleh itu... ummi harus redha apa2 yg akan dan bakal terjadi pagi nanti. Ummi menaip entry nii sambil mendengar alunan zikir dari youtube, url nya di sini . Duration 7.20 minit, tajuk zikir penenang hati.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1432H

Alhamdulillah hari nii 1 ramadhan 1432H telah berjaya ummi sempurnakan. Cuma yg tak best nya hari ummi keje tido jer. Mcm laa penat sgt dan mcm takde keje lain nk dibuat :((... Sambil layan tido tuu ummi layan pikir bila la baby nak kuar.. Sambil baca sikit zikir dan dengar bacaan ayat quran. Pastu ummi tertido. Terasa esok nak pegi sekolah jer... sbb ada jugak laa pergerakan walaupun sedikit. Berbuka hari nii tok buat mi kuah (stail kedah). Selain mi kuah, semestinya buah kurma pastu cucur udang (beli), tembikai (mak lang bagi) dan kuih qasidah (buat). Air milo ais dan oren sunquick. Ummi berbuka dgn 2 biji kurma, minum milo ais dan 277 keping cucur udang. Dah rasa full perut ummi. Tp disebabkan ada mi kuah tuu, ummi cedok jugok laa mi kuah tuu. Bubuh skit jer. Tp bhn2 dlm kuah tuu mmg byk, jadi mcm byk jugak la. Lepas mkn tu rasa tak larat la sbb perut full. Hehehe... Skang nii pun masih terasa kenyang dan penuh walaupun dah pukul 11.30. Mata plak tak rasa mengantuk sbb seharian tido. Aleefa pun tak nak tido sbb dia pun agak sakan jugak tido ptg tadi. Bagi nyusu pun mata masih terkebil2. Skang dia tgh layan main sorang2.

Sunday, July 31, 2011

Nursing Wear

Salah satu aktiviti ummi mengadap internet nii mencari baju menyusu. Cari punya cari terjumpa list kedai2 online yg jual bj menyusu di facebook Malaysian Parenting Page. Boleh tengok kat bahagian dokumen tajuk "baju pregnant dan baju menyusu". Kat situ ada 8 buah kedai online yang jual nursing wear. Ummi teruja jugak la menyoping terutama baju kurung, t-shirt dan tak lupa jubah. Terasa/ teringin nak memiliki sekurang2nya satu baju kurung dan satu jubah. Dan baju kurung tuu boleh dijadikan contoh ukuran. Jadi boleh laa ummi save duit skit. Beli kain sendiri dan upah tailor. Ummi rasa cara nii lebih jimat laa compare beli yg siap nih.
Sebenarnya time pantang kat Aleefa ummi penah laa google jugak produk2 menyusu nii termasuk baju kurung nii. Tp waktu tuu tak byk yang jual. Ada yg ummi jumpa, bila ummi tanya dah tak jual dah. frust jugak la sbb niat nak dptkan satu sebagai contoh. Bila dah tak jumpa tuu... terjumpa plak website pasal nak d.i.y nursing wear. Terperasan plaksss nak menjahit sendiri. Mcm2 jenis d.i.y nursing wear yg ummi jumpa masa tuu. Oleh krn terperasan lebih tuuu termenjadi laa plaks nursing cover. hahahaha... dimanakah nursing cover ku itu? Ummi cuma potong2 kain jer... pastu suh papa tok yg jahit. Iskkk tak kan laa ummi yg dlm duk pantang tu nak jahit kan. Nursing cover tu patut guna "D ring". Kat mana laa ummi nak cari benda alah tuu, sementelah laa ummi dlm pantang niih. Last2 jumpa "O ring". Yg tuu rembat kat mana ntah lupa ummi... kat keychain kot. Naper ummi tak beli jer kan? Terasa mcm mahal pulak rege nya. Tp yg utamanya sbb ummi rasa mcm mudah jer nak buat tuu. Kalo ikut perasaan perasan ummi nii ringsling pun nak bikin tauu. Tinggal nak cari ring tu jer susah time tu. Tp ummi jumpa la online shop yg jual ring tu. Jumpa yg ober-c dan yg tempatan pun ada satu kedai. Cuma rege ring tuu mahal la skit. So pikir2 ringsling tuu adalah baik dibeli sajer.
Apa2pun ummi mmg akan beli sekurang2nya baju kurung nursing tuu. Insya Allah... Utk kemudahan ummi nak menyusu baby dan Adik Aleefa. Bukan napsu semata-mata yerrr...

Vitamine During Confinement

Tajuk sudah menyatakan maksud perkongsian ummi kali ini. Vitamin/ ubat / jamu yang nak digunakan semasa ummi berpantang. Kalo 1st berpantang amik ubat buatan org kg, 2nd pantang amik nonaroguy dan utk 3rd nii??? Mmg ummi dlm dilema nak pilih produk yang mana satu. Nonaroguy tu ok la ummi guna dulu. Tak terjadi laa nak sejuk panas tuu. Cuma memikirkan ummmi mengeluarkan wang yg besar tp tak semuanya abis. Yg betul2 habis ialah phytonatal jer. Yg lain2 tak abis. Maybe ummi tak reti nak guna kot. Ubat yg jenis sapu luaran tuu pun tak abis. Yg teh tuu apatah lagi. So ummi try la usha jugak produk Leesa Formula (LF). Kwn ummi yg guna kata LF OK. Jd ummi terpedaya jugak la nak beli mula-mula tuu. Last2 mcm tak jadi laa pulak. Ummi ada tanya kwn2 yg baru lepas pantang & dalam pantang sekarang nii produk yang diaorg guna. Dua kwn ummi nii amik produk Shaklee dan diaorg kata bagus, badan tak letih bla bla bla... So ummi pun google laa pasal produk confinement Shaklee. Kat forum Susuibu.com ramai jugak yg thumb up pada set confinement Shaklee. So, ummi pun dipendekkan cerita membuat pertimbangan yg waras decide nak amik produk Shaklee. Ummi dah pun beli trial confinement set Shaklee nii dgn kwn ummi rini shariff.
Trial Confinement Set nii cukup utk 40 hari. Mengandungi 4 jenis vitamin iaitu 40 biji zinc, B-Complex, Vitamin C dan Vitalea. Dan dpt lagi F.O.C 90 biji Alfafa. Harganya cuma RM100 sahaja. Pastu ummi cuma tambah utk luaran minyak herbanika nonaroguy. Utk baby minyak mustajab kot namanya dari nonaroguy jugak.
Kenapa ummi pilih vitamin jer tak nak dah amik jamu? Kalo sempat ummi kongsikan kelebihan vitamin nii kat entry yg lain pulak. Apa yg penting ialah, vitamin nii ummi boleh terus amik/mkn selepas jer ummi bersalin. Ummi tak payah duk risau takut ubat nii panas atau ada kesan pada baby nanti. Sbb ianya adalah VITAMIN.

Info di saat kelahiran II

Hehehe... ada bahagian kedua laa pulak. Mcm drama tv plaks yer. Ummi nak citer pasal saat2 ummi yg sedang menanti kelahiran baby nii laa. Waktu bersalinkan dua2 princess tuu boleh dikatakan ummi tak pandai laa nak meneran secara betul dan tepat. Walaupun sebenarnya, time Aleefa tuu ummi dah pun google kat internet nii mcmana cara2nya. Tp biasalaa kan bukannya nak ingat dah apa yg dibaca. Kalo pun ingat, mcmana bab2 nak meneran tuu yang sepatutnya bukan sekadar teori tetapi kena di praktikkan. Kalo takat ummi baca dlm nii, pastu duk try2 teori tuu sendiri (ala2 syok sendiri) tak jadi jugak kan. Utk kali nii pun ummi sebok jugak laa meng"google" bab2 nak push nih. Jumpa laa kat forum ratuhati.com sorang forumer tu bagi info. nickname forumer tu 'mamascorpio'. "Senaman utk memudahkan bersalin dan mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil" Tailor Sitting Duduk atas lantai dengan belakang badan tegak, temukan tapak kaki, pastikan lutut cecah lantai. Akan terasa regangan bahagian paha. Senaman nii ummi try jugak laa buat. Tp buat tak lama. Mmg terasa di bahagian paha tu. Cuma ummi nii kan pakaian ala2 perempuan melayu terakhir dgn berkain batik. So, agak terseksa jugak laa nak menemukan tapak kaki tu dgn berkain batik. Skang nii ummi pakai seluar, elok laa buat kan. Tp ummi duk atas katil plak. Takpe laa kira halal la tuu kan. Tp tak berapa nak rasa regangan la kat paha nih. Pelvic Rock Kaedahnya : posisi badan seperti merangkak. Perut/ belakang rata. Naikkan perut / belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat. Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/ belakang. Ulang beberapakali, seeloknya 10kali. Yang nii ummi tak try buat pun. Sbb, tak berapa nak faham pulak. Wall Slide Berdiri dan sandar belakang pada dinding. Kangkangkan sedikit kaki seluas bahu. Turunkan badan ke bawah (slide down) sehingga kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.Naik ke atas semula. Ulangi beberapa kali, sebaiknya 10 kali. Boleh jugak buat tanpa sandar pada dinding. Adakah ummi cuba senaman nii??? Yerr... ummi cuba jugak. tp yg nii lagi tak kerap ummi cuba. Sbbnya... mmg lenguh laa. hihihi...

Saturday, July 30, 2011

Info di saat kelahiran

Wahh... kemain lagi tajuknya yerk. Pertama sekali ummi nak share tips nak bagi mudah/cepat bersalin. Bukan dari ummi tp drp blog yg ummi baca. Yg nii baca dari blog hanaseman.blogspot.com.
Basuh kain dgn tgn
Jumaat,sabtu dan hari nii ummi try tips nii. Hari Jumaat tu agak byk jugak la kain yg ummi basuh. Sabtu kurang skit. tp takde la skit sgt. Hari nii punya lagi kurang. Hehehe...Apa rasionalnya basuh kain dgn tgn nii yer utk cepat bersalin?? Pada ummi, sebab bila kite basuh kain dgn tgn kite akan duduk ala2 mencangkung gitu. Ditambah dgn pergerakan kite memberus/ menyental kain tuu seolah2 memberi tekanan kat bhgian peranakan kite la. Boleh diterima laa kot pendapat ummi nii.
Kerap berjalan-jalan
Ummi start kerap keluar pd minggu nii iaitu mula hari Ahad 24hb hingga laa kelmarin dan hari ini hehehe..*sian my hubby*. Ahad keluar pegi star parade dgn walid & Aleefa. Kakak tak nak ikut pulak. Cari dan beli bj ry utk 'Ain & Aleefa. Isnin pegi Tesco dfn walid, mak, kakak 'Ain & Aleefa cari brg2 keperluan umah. Selasa bawa murid ke Star Parade utk lawan bowling. Sempatjg laa ummi jln2 dlm pacific menambah baju raya anak2. Sbb hari Ahad tuu masih belum lengkap la sebenarnya. Shopping sambil bawa murid2 tuu sekali. Sementara nak tunggu turn lawan yg amatlah lambat lg. Rabu bawa murid main bowling di Star Parade jugak. Khamis off... lupa laa ummi naper tak keluar mana2 tuu. Jumaat pegi Star Parade lagi.Yg nii kiteorg window shopping jer. Usha-usha kasut raya tp tak beli pun. Sbb walid kata takpe biar dia yg beli sendiri. Sabtu plan nk kuar p Alor Star Mall tp tak jd sbb Aleefa baru jer tido. So tunda esoknya.. hari nii lerr. Walid kata kite beli terus laa kasut raya utk anak2. hehehe... Kesimpulannya mmg dah byk dah berjln niii. Td pun walid park punya la jauh. Dan ummipun tak kisah laa parking jauh sbb ummi pikir ummi nak berjln jerr. Tp masih lum ada tanda2 nya lg. Adakah tgh mlm nii, dinihari niii??? Jeng jeng jeng...

Aktiviti menanti hari

Menunggu tibanya saat2 turun tanda nak bersalin adalah suatu debaran. Memikirkan takut di induce lagi... Ummi mencari beberapa maklumat berkaitan dgn cara utk 'push' baby keluar dgn betul. Cari jugak tips2 utk cepat bersalin. Memandangkan kerisauan ummi dgn induce tuu. Selain mencari maklumat, keje ummi ajak walid keluar berjln2.

Friday, July 29, 2011

DUE DATE 3HB OGOS 2011

Tarikh due ummi 3hb Ogos 2011. Tinggal lagi 4 hari nak menuju ke tarikh tersebut. Bermakna kalo tak keluar apa2 tanda sebelum tanda tuu ummi terpaksa menyerah diri pada pagi 3hb Ogos tuuu. Dah takde masa tambahan lagi seminggu atau 10 hari. Sebabnya ummi GDM - Gestasi Diabetes Mellitus iaitu Diabetes sewaktu mengandung. Cerita pasal GDM nii ummi kongsikan kemudian nanti yer. So, bila dah di diagnose as a GDM tidak boleh tidak kena pergi menyerah diri di hospital pada tarikh due tu. Tak boleh lewat dr tarikh tu. Dgn erti kata yg lain pergi untuk di induce. Ummi selalu berdoa semoga tanda2 nak bersalin akan keluar sebelum 3hb tu. Semoga Allah memperkenankan doa ummi tu. Amiiiin Ya Rabb... Pengalaman di induce time nak bersalinkan Huurun 'Ain masih lagi teringat2. Mohan dijauhkan dr induce YA ALLAH... Kalo nak diikut2kan mmg ada rasa yg tak selesa di bahagian bawah perut / peranakan ummi nii sejak lebih kurang seminggu nii. Tp itulah baby ummi nii tak nak keluar2 lagi la nampaknya. Ummi rasa ummi nii mmg jenis yang lambat nak bersalin. Ikut dua pengalaman yg lepas pun ummi diberi masa tambahan jugak. So adakah yg nii pun nak ikut jejak langkah kakak2 nya? Baby kuar awal yer sebelum 3hb nii. Sakit yg lama di rumah adalah lebih2 baik dr menanggung sakit di hospital krn di induce. Ummi masih terasa kengerian yg dulu. Waktu usia kandungan 7 bulan ummi penah kata rasa2 baby kali nii akan keluar lebih awal dr kandungan ummi sebelum nii. Nampaknya instinct ummi tak tepat langsung. huhuhuhuhu...

Update

Hari nii 30 Julai 2011, lebih kurang 7 bulan ummi baru nak update blog nii. Mmg bukan blogger yang tegar la ummi nii. sekadar mengisi waktu yg kadang2 terasa nak menaip jer. sebenarnya ada byk bahan yang ummi nak bercerita tapi ada jer alasannya yang tidak membawa ummi untuk menulis di sini. Alasan yang utama... of course la MALAS. Kesimpulannya ummi bukan la terlalu obsess dgn blog kot. Tp apa2pun ummi suka baca blog orang lain yg ada kaitan dengan minat ummi. Blog ummi yg lagi satu 1langkahku.blogspot.com tuu laaaaagi laa lama ummi tak update. Hahahaha... sungguh tamak diriku ini. Nak bukak blog sampai dua konon. Blog nii khas untuk ummi & family dan yg lagi satu cerita2 umum, cerita pasal keje/ sekolah.