scrappinblogs

Friday, July 29, 2011

DUE DATE 3HB OGOS 2011

Tarikh due ummi 3hb Ogos 2011. Tinggal lagi 4 hari nak menuju ke tarikh tersebut. Bermakna kalo tak keluar apa2 tanda sebelum tanda tuu ummi terpaksa menyerah diri pada pagi 3hb Ogos tuuu. Dah takde masa tambahan lagi seminggu atau 10 hari. Sebabnya ummi GDM - Gestasi Diabetes Mellitus iaitu Diabetes sewaktu mengandung. Cerita pasal GDM nii ummi kongsikan kemudian nanti yer. So, bila dah di diagnose as a GDM tidak boleh tidak kena pergi menyerah diri di hospital pada tarikh due tu. Tak boleh lewat dr tarikh tu. Dgn erti kata yg lain pergi untuk di induce. Ummi selalu berdoa semoga tanda2 nak bersalin akan keluar sebelum 3hb tu. Semoga Allah memperkenankan doa ummi tu. Amiiiin Ya Rabb... Pengalaman di induce time nak bersalinkan Huurun 'Ain masih lagi teringat2. Mohan dijauhkan dr induce YA ALLAH... Kalo nak diikut2kan mmg ada rasa yg tak selesa di bahagian bawah perut / peranakan ummi nii sejak lebih kurang seminggu nii. Tp itulah baby ummi nii tak nak keluar2 lagi la nampaknya. Ummi rasa ummi nii mmg jenis yang lambat nak bersalin. Ikut dua pengalaman yg lepas pun ummi diberi masa tambahan jugak. So adakah yg nii pun nak ikut jejak langkah kakak2 nya? Baby kuar awal yer sebelum 3hb nii. Sakit yg lama di rumah adalah lebih2 baik dr menanggung sakit di hospital krn di induce. Ummi masih terasa kengerian yg dulu. Waktu usia kandungan 7 bulan ummi penah kata rasa2 baby kali nii akan keluar lebih awal dr kandungan ummi sebelum nii. Nampaknya instinct ummi tak tepat langsung. huhuhuhuhu...

1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.cc
    dewa-lotto.vip

    ReplyDelete