scrappinblogs

Sunday, July 31, 2011

Vitamine During Confinement

Tajuk sudah menyatakan maksud perkongsian ummi kali ini. Vitamin/ ubat / jamu yang nak digunakan semasa ummi berpantang. Kalo 1st berpantang amik ubat buatan org kg, 2nd pantang amik nonaroguy dan utk 3rd nii??? Mmg ummi dlm dilema nak pilih produk yang mana satu. Nonaroguy tu ok la ummi guna dulu. Tak terjadi laa nak sejuk panas tuu. Cuma memikirkan ummmi mengeluarkan wang yg besar tp tak semuanya abis. Yg betul2 habis ialah phytonatal jer. Yg lain2 tak abis. Maybe ummi tak reti nak guna kot. Ubat yg jenis sapu luaran tuu pun tak abis. Yg teh tuu apatah lagi. So ummi try la usha jugak produk Leesa Formula (LF). Kwn ummi yg guna kata LF OK. Jd ummi terpedaya jugak la nak beli mula-mula tuu. Last2 mcm tak jadi laa pulak. Ummi ada tanya kwn2 yg baru lepas pantang & dalam pantang sekarang nii produk yang diaorg guna. Dua kwn ummi nii amik produk Shaklee dan diaorg kata bagus, badan tak letih bla bla bla... So ummi pun google laa pasal produk confinement Shaklee. Kat forum Susuibu.com ramai jugak yg thumb up pada set confinement Shaklee. So, ummi pun dipendekkan cerita membuat pertimbangan yg waras decide nak amik produk Shaklee. Ummi dah pun beli trial confinement set Shaklee nii dgn kwn ummi rini shariff.
Trial Confinement Set nii cukup utk 40 hari. Mengandungi 4 jenis vitamin iaitu 40 biji zinc, B-Complex, Vitamin C dan Vitalea. Dan dpt lagi F.O.C 90 biji Alfafa. Harganya cuma RM100 sahaja. Pastu ummi cuma tambah utk luaran minyak herbanika nonaroguy. Utk baby minyak mustajab kot namanya dari nonaroguy jugak.
Kenapa ummi pilih vitamin jer tak nak dah amik jamu? Kalo sempat ummi kongsikan kelebihan vitamin nii kat entry yg lain pulak. Apa yg penting ialah, vitamin nii ummi boleh terus amik/mkn selepas jer ummi bersalin. Ummi tak payah duk risau takut ubat nii panas atau ada kesan pada baby nanti. Sbb ianya adalah VITAMIN.

1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.cc
    dewa-lotto.vip

    ReplyDelete