scrappinblogs

Sunday, July 31, 2011

Nursing Wear

Salah satu aktiviti ummi mengadap internet nii mencari baju menyusu. Cari punya cari terjumpa list kedai2 online yg jual bj menyusu di facebook Malaysian Parenting Page. Boleh tengok kat bahagian dokumen tajuk "baju pregnant dan baju menyusu". Kat situ ada 8 buah kedai online yang jual nursing wear. Ummi teruja jugak la menyoping terutama baju kurung, t-shirt dan tak lupa jubah. Terasa/ teringin nak memiliki sekurang2nya satu baju kurung dan satu jubah. Dan baju kurung tuu boleh dijadikan contoh ukuran. Jadi boleh laa ummi save duit skit. Beli kain sendiri dan upah tailor. Ummi rasa cara nii lebih jimat laa compare beli yg siap nih.
Sebenarnya time pantang kat Aleefa ummi penah laa google jugak produk2 menyusu nii termasuk baju kurung nii. Tp waktu tuu tak byk yang jual. Ada yg ummi jumpa, bila ummi tanya dah tak jual dah. frust jugak la sbb niat nak dptkan satu sebagai contoh. Bila dah tak jumpa tuu... terjumpa plak website pasal nak d.i.y nursing wear. Terperasan plaksss nak menjahit sendiri. Mcm2 jenis d.i.y nursing wear yg ummi jumpa masa tuu. Oleh krn terperasan lebih tuuu termenjadi laa plaks nursing cover. hahahaha... dimanakah nursing cover ku itu? Ummi cuma potong2 kain jer... pastu suh papa tok yg jahit. Iskkk tak kan laa ummi yg dlm duk pantang tu nak jahit kan. Nursing cover tu patut guna "D ring". Kat mana laa ummi nak cari benda alah tuu, sementelah laa ummi dlm pantang niih. Last2 jumpa "O ring". Yg tuu rembat kat mana ntah lupa ummi... kat keychain kot. Naper ummi tak beli jer kan? Terasa mcm mahal pulak rege nya. Tp yg utamanya sbb ummi rasa mcm mudah jer nak buat tuu. Kalo ikut perasaan perasan ummi nii ringsling pun nak bikin tauu. Tinggal nak cari ring tu jer susah time tu. Tp ummi jumpa la online shop yg jual ring tu. Jumpa yg ober-c dan yg tempatan pun ada satu kedai. Cuma rege ring tuu mahal la skit. So pikir2 ringsling tuu adalah baik dibeli sajer.
Apa2pun ummi mmg akan beli sekurang2nya baju kurung nursing tuu. Insya Allah... Utk kemudahan ummi nak menyusu baby dan Adik Aleefa. Bukan napsu semata-mata yerrr...

Vitamine During Confinement

Tajuk sudah menyatakan maksud perkongsian ummi kali ini. Vitamin/ ubat / jamu yang nak digunakan semasa ummi berpantang. Kalo 1st berpantang amik ubat buatan org kg, 2nd pantang amik nonaroguy dan utk 3rd nii??? Mmg ummi dlm dilema nak pilih produk yang mana satu. Nonaroguy tu ok la ummi guna dulu. Tak terjadi laa nak sejuk panas tuu. Cuma memikirkan ummmi mengeluarkan wang yg besar tp tak semuanya abis. Yg betul2 habis ialah phytonatal jer. Yg lain2 tak abis. Maybe ummi tak reti nak guna kot. Ubat yg jenis sapu luaran tuu pun tak abis. Yg teh tuu apatah lagi. So ummi try la usha jugak produk Leesa Formula (LF). Kwn ummi yg guna kata LF OK. Jd ummi terpedaya jugak la nak beli mula-mula tuu. Last2 mcm tak jadi laa pulak. Ummi ada tanya kwn2 yg baru lepas pantang & dalam pantang sekarang nii produk yang diaorg guna. Dua kwn ummi nii amik produk Shaklee dan diaorg kata bagus, badan tak letih bla bla bla... So ummi pun google laa pasal produk confinement Shaklee. Kat forum Susuibu.com ramai jugak yg thumb up pada set confinement Shaklee. So, ummi pun dipendekkan cerita membuat pertimbangan yg waras decide nak amik produk Shaklee. Ummi dah pun beli trial confinement set Shaklee nii dgn kwn ummi rini shariff.
Trial Confinement Set nii cukup utk 40 hari. Mengandungi 4 jenis vitamin iaitu 40 biji zinc, B-Complex, Vitamin C dan Vitalea. Dan dpt lagi F.O.C 90 biji Alfafa. Harganya cuma RM100 sahaja. Pastu ummi cuma tambah utk luaran minyak herbanika nonaroguy. Utk baby minyak mustajab kot namanya dari nonaroguy jugak.
Kenapa ummi pilih vitamin jer tak nak dah amik jamu? Kalo sempat ummi kongsikan kelebihan vitamin nii kat entry yg lain pulak. Apa yg penting ialah, vitamin nii ummi boleh terus amik/mkn selepas jer ummi bersalin. Ummi tak payah duk risau takut ubat nii panas atau ada kesan pada baby nanti. Sbb ianya adalah VITAMIN.

Info di saat kelahiran II

Hehehe... ada bahagian kedua laa pulak. Mcm drama tv plaks yer. Ummi nak citer pasal saat2 ummi yg sedang menanti kelahiran baby nii laa. Waktu bersalinkan dua2 princess tuu boleh dikatakan ummi tak pandai laa nak meneran secara betul dan tepat. Walaupun sebenarnya, time Aleefa tuu ummi dah pun google kat internet nii mcmana cara2nya. Tp biasalaa kan bukannya nak ingat dah apa yg dibaca. Kalo pun ingat, mcmana bab2 nak meneran tuu yang sepatutnya bukan sekadar teori tetapi kena di praktikkan. Kalo takat ummi baca dlm nii, pastu duk try2 teori tuu sendiri (ala2 syok sendiri) tak jadi jugak kan. Utk kali nii pun ummi sebok jugak laa meng"google" bab2 nak push nih. Jumpa laa kat forum ratuhati.com sorang forumer tu bagi info. nickname forumer tu 'mamascorpio'. "Senaman utk memudahkan bersalin dan mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil" Tailor Sitting Duduk atas lantai dengan belakang badan tegak, temukan tapak kaki, pastikan lutut cecah lantai. Akan terasa regangan bahagian paha. Senaman nii ummi try jugak laa buat. Tp buat tak lama. Mmg terasa di bahagian paha tu. Cuma ummi nii kan pakaian ala2 perempuan melayu terakhir dgn berkain batik. So, agak terseksa jugak laa nak menemukan tapak kaki tu dgn berkain batik. Skang nii ummi pakai seluar, elok laa buat kan. Tp ummi duk atas katil plak. Takpe laa kira halal la tuu kan. Tp tak berapa nak rasa regangan la kat paha nih. Pelvic Rock Kaedahnya : posisi badan seperti merangkak. Perut/ belakang rata. Naikkan perut / belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat. Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut/ belakang. Ulang beberapakali, seeloknya 10kali. Yang nii ummi tak try buat pun. Sbb, tak berapa nak faham pulak. Wall Slide Berdiri dan sandar belakang pada dinding. Kangkangkan sedikit kaki seluas bahu. Turunkan badan ke bawah (slide down) sehingga kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat.Naik ke atas semula. Ulangi beberapa kali, sebaiknya 10 kali. Boleh jugak buat tanpa sandar pada dinding. Adakah ummi cuba senaman nii??? Yerr... ummi cuba jugak. tp yg nii lagi tak kerap ummi cuba. Sbbnya... mmg lenguh laa. hihihi...

Saturday, July 30, 2011

Info di saat kelahiran

Wahh... kemain lagi tajuknya yerk. Pertama sekali ummi nak share tips nak bagi mudah/cepat bersalin. Bukan dari ummi tp drp blog yg ummi baca. Yg nii baca dari blog hanaseman.blogspot.com.
Basuh kain dgn tgn
Jumaat,sabtu dan hari nii ummi try tips nii. Hari Jumaat tu agak byk jugak la kain yg ummi basuh. Sabtu kurang skit. tp takde la skit sgt. Hari nii punya lagi kurang. Hehehe...Apa rasionalnya basuh kain dgn tgn nii yer utk cepat bersalin?? Pada ummi, sebab bila kite basuh kain dgn tgn kite akan duduk ala2 mencangkung gitu. Ditambah dgn pergerakan kite memberus/ menyental kain tuu seolah2 memberi tekanan kat bhgian peranakan kite la. Boleh diterima laa kot pendapat ummi nii.
Kerap berjalan-jalan
Ummi start kerap keluar pd minggu nii iaitu mula hari Ahad 24hb hingga laa kelmarin dan hari ini hehehe..*sian my hubby*. Ahad keluar pegi star parade dgn walid & Aleefa. Kakak tak nak ikut pulak. Cari dan beli bj ry utk 'Ain & Aleefa. Isnin pegi Tesco dfn walid, mak, kakak 'Ain & Aleefa cari brg2 keperluan umah. Selasa bawa murid ke Star Parade utk lawan bowling. Sempatjg laa ummi jln2 dlm pacific menambah baju raya anak2. Sbb hari Ahad tuu masih belum lengkap la sebenarnya. Shopping sambil bawa murid2 tuu sekali. Sementara nak tunggu turn lawan yg amatlah lambat lg. Rabu bawa murid main bowling di Star Parade jugak. Khamis off... lupa laa ummi naper tak keluar mana2 tuu. Jumaat pegi Star Parade lagi.Yg nii kiteorg window shopping jer. Usha-usha kasut raya tp tak beli pun. Sbb walid kata takpe biar dia yg beli sendiri. Sabtu plan nk kuar p Alor Star Mall tp tak jd sbb Aleefa baru jer tido. So tunda esoknya.. hari nii lerr. Walid kata kite beli terus laa kasut raya utk anak2. hehehe... Kesimpulannya mmg dah byk dah berjln niii. Td pun walid park punya la jauh. Dan ummipun tak kisah laa parking jauh sbb ummi pikir ummi nak berjln jerr. Tp masih lum ada tanda2 nya lg. Adakah tgh mlm nii, dinihari niii??? Jeng jeng jeng...

Aktiviti menanti hari

Menunggu tibanya saat2 turun tanda nak bersalin adalah suatu debaran. Memikirkan takut di induce lagi... Ummi mencari beberapa maklumat berkaitan dgn cara utk 'push' baby keluar dgn betul. Cari jugak tips2 utk cepat bersalin. Memandangkan kerisauan ummi dgn induce tuu. Selain mencari maklumat, keje ummi ajak walid keluar berjln2.

Friday, July 29, 2011

DUE DATE 3HB OGOS 2011

Tarikh due ummi 3hb Ogos 2011. Tinggal lagi 4 hari nak menuju ke tarikh tersebut. Bermakna kalo tak keluar apa2 tanda sebelum tanda tuu ummi terpaksa menyerah diri pada pagi 3hb Ogos tuuu. Dah takde masa tambahan lagi seminggu atau 10 hari. Sebabnya ummi GDM - Gestasi Diabetes Mellitus iaitu Diabetes sewaktu mengandung. Cerita pasal GDM nii ummi kongsikan kemudian nanti yer. So, bila dah di diagnose as a GDM tidak boleh tidak kena pergi menyerah diri di hospital pada tarikh due tu. Tak boleh lewat dr tarikh tu. Dgn erti kata yg lain pergi untuk di induce. Ummi selalu berdoa semoga tanda2 nak bersalin akan keluar sebelum 3hb tu. Semoga Allah memperkenankan doa ummi tu. Amiiiin Ya Rabb... Pengalaman di induce time nak bersalinkan Huurun 'Ain masih lagi teringat2. Mohan dijauhkan dr induce YA ALLAH... Kalo nak diikut2kan mmg ada rasa yg tak selesa di bahagian bawah perut / peranakan ummi nii sejak lebih kurang seminggu nii. Tp itulah baby ummi nii tak nak keluar2 lagi la nampaknya. Ummi rasa ummi nii mmg jenis yang lambat nak bersalin. Ikut dua pengalaman yg lepas pun ummi diberi masa tambahan jugak. So adakah yg nii pun nak ikut jejak langkah kakak2 nya? Baby kuar awal yer sebelum 3hb nii. Sakit yg lama di rumah adalah lebih2 baik dr menanggung sakit di hospital krn di induce. Ummi masih terasa kengerian yg dulu. Waktu usia kandungan 7 bulan ummi penah kata rasa2 baby kali nii akan keluar lebih awal dr kandungan ummi sebelum nii. Nampaknya instinct ummi tak tepat langsung. huhuhuhuhu...

Update

Hari nii 30 Julai 2011, lebih kurang 7 bulan ummi baru nak update blog nii. Mmg bukan blogger yang tegar la ummi nii. sekadar mengisi waktu yg kadang2 terasa nak menaip jer. sebenarnya ada byk bahan yang ummi nak bercerita tapi ada jer alasannya yang tidak membawa ummi untuk menulis di sini. Alasan yang utama... of course la MALAS. Kesimpulannya ummi bukan la terlalu obsess dgn blog kot. Tp apa2pun ummi suka baca blog orang lain yg ada kaitan dengan minat ummi. Blog ummi yg lagi satu 1langkahku.blogspot.com tuu laaaaagi laa lama ummi tak update. Hahahaha... sungguh tamak diriku ini. Nak bukak blog sampai dua konon. Blog nii khas untuk ummi & family dan yg lagi satu cerita2 umum, cerita pasal keje/ sekolah.